Tolak Masuk Pertandingan Nyanyian, Najwa Latif Akui Suara Biasa & Penampilan Tak Bergaya

Siapa yang pernah mendengar dan masih ingat lagi dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’ ? Penyanyi Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif  ini mula dikenali menerusi video ‘cover’ lagu di laman Youtube miliknya.

Iospital phone repair gombak

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan seorang pencipta lagu. Antara lagu-lagu hitsnya yang pernah popular suatu ketika dahulu adalah Kosong, Carta Hati, Sahabat, Untuk Dia, AdaMu ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat dan turut dimainkan di corong-corong radio tempatan.

Pun begitu, penyanyi ini juga sudah lama tidak muncul di kaca televisyen atau mana-mana program pertandingan nyanyian bahkan kini dia telah bergelar seorang pensyarah dalam subjek Bahasa Inggeris yang berkhidmat di International University (UNITAR).

Walau bagaimanapun, Najwa atau lebih mesra dipanggil Wawa ini masih lagi aktif di platform media sosial dan kerap berinteraksi bersama peminat melalui laman Instagram.

Baru-baru ini, ada peminat yang telah bertanyakan soalan bilakah penyanyi ini akan menyertai pertandingan nyanyian seperti program Gegar Vaganza.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Najwa mengatakan dia berkemungkinan tidak akan menyertai mana-mana pertandingan kerana suara yang dimiliki hanya biasa-biasa sahaja serta tidak mempunyai pakej lengkap seperti penyanyi-penyanyi lain.

“Wawa pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besar Wawa tidak menyertai mana-mana pertandingan sebab Wawa sedar suara Wawa average dan jika nak dibandingkan, pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain” katanya.

 

Dalama pada masa yang sama, Najwa turut menyifatkan dia banyak kelemahan dari segi rupa parasnya yang tidak begitu menarik, tidak bergaya dan tidak pandai bergaul dengan individu lain malah dia lebih memilih untuk melakukan hal sendiri.

“Wawa tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat. Jadi, wawa sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi yang mengatakan mungkin penyanyi ini sebenarnya selesa dengan ‘style’ nyanyiannya yang agak santai. Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan kerjayanya sebagai seorang pensyarah lebih baik berbanding menjadi seorang penyanyi.

Antara komen warganet:

“sudah buat lagu,sudah ada nama,jadikan ia sebagai sambilan sahaja…pekerjaan tetap dan cita-cita kamu yang perlu diutama..”

“orang bijak tak lapar popular dan pemikiran dia lain..dari kena kecam ngan netizen ni baik tolak awal-awal..lecturer kot..mantap..”

“tapi dia comel..aku yang perempuan pun suka tengok dia..lembut je..”

“suara wawa ok tapi macam dia cakap..average…lagu dia pun semua range-range santai je..dia selesa style gitu kut..”

Perkongsian yang tular:

The post Tolak Masuk Pertandingan Nyanyian, Najwa Latif Akui Suara Biasa & Penampilan Tak Bergaya appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/uPLHgNs
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tolak Masuk Pertandingan Nyanyian, Najwa Latif Akui Suara Biasa & Penampilan Tak Bergaya"

Post a Comment