Keakraban sesama sahabat memang tidak dapat diputuskan walaupun seseorang itu telah pun ke jinjang pelamin bersama pasangan pilihan hati.
Mana tidaknya, ssebelum adanya isteri mahupun suami, sahabatlah yang sentiasa ada di sisi di saat kita memerlukan sesuatu. Sahabat juga yang sentiasa ada ketika kita sedih mahupun gembira.
Baru-baru ini, tular pengantin lelaki menangis ketika menyambut kehadiran rakan di majlis perkahwinannya seperti yang dikongsikan oleh Rena Farezza Mohd Khairulzaman di TikTok.
Video itu menimbulkan tanda tanya netizen. Ia kerana kapsyen ringkas pada video tersebut yang menyatakan ‘ada cerita di sebalik kesedihan dia (pengantin lelaki). Tapi aku speechless tengok dia menangis depan semua orang (tetamu)’.
Namun, rata-rata warganetnya beranggapan titisan air mata itu kerana pengantin terbabit merindui rakannya yang sudah lama tidak berjumpa. Bagaimanapun, Rena menceritakan kisah sebaliknya berhubung drama air mata yang dikongsikannya itu sebagai penjelasan kepada orang ramai.
Rena merupakan isteri kepada sahabat lelaki yang hadir ke majlis perkahawinan berkenaan. Akui terkejut dengan situasi tersebut, katanya pengantin lelaki terbabit menangis disebabkan perasaan sebak kerana terpaksa mengorbankan kerjaya yang diminati.
Malah, dia tidak dapat mengucapkan kata-kata perpisahan pada kawan-kawan yang setia bersama. Kata wanita berusia 29 tahun itu, rakan suaminya itu terpaksa menamatkan perkhidmatan akibat sering mengalami gangguan misteri.
“Sebelum ini dia dan tunang yang kini sudah bergelar isteri selalu jatuh sakit.
“Malah sepanjang tempoh pertunangan, isterinya asyik keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan tanpa mengetahui penyakit yang khusus sehinggakan majlis pernikahan mereka tidak dapat disambut meriah seperti pasangan pengantin yang lain.
“Mujur buat kecil-kecilan sebab semasa hari pernikahan, tiba-tiba pengantin lelaki jatuh pengsan sejurus akad dilafazkan,” katanya menceritakan kembali kejadian yang diluahkan rakan suaminya itu.
Berikutan itu, cuti perkahwinan yang diberikan selama tujuh hari dilanjutkan beberapa minggu sehingga akhirnya pihak lelaki mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Dia berhenti kerja secara tiba-tiba sebab jatuh sakit berbulan-bulan lamanya dan berlarutan selepas dia mendirikan rumah tangga.
“Disebabkan itu, ibu dia suruh berhenti kerja dan pulang ke kampung. Apabila berubat secara tradisional, barulah tahu yang dia terkena buatan orang,” katanya lagi yang hadir pada majlis perkahwinan sebelah lelaki di Negeri Sembilan pada Julai lalu.
Kata Rena, keputusan berhenti kerja secara tiba-tiba itu membuatkan pengantin lelaki berkenaan tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekerja.
Difahamkan, ia bagi mengelakkan rakan suami Rena bertemu dengan ‘peminat misteri’ yang menghantar sihir berikutan yang turut bekerja di lokasi yang sama.
“Sebelum kahwin tu memang tak tahu siapa yang buat, iyalah masing-masing mempunyai girlfriend dan boyfriend.
“Tapi selepas berkahwin dan kedua-duanya menjalani rawatan bersama, barulah tahu siapa pelaku.
“Apa yang mengejutkan adalah individu tersebut merupakan seorang wanita yang meminati rakan suami saya… dia dengki sebab lelaki yang disukai akan berkahwin,” katanya.
Tambahnya, meskipun lelaki berusia 26 tahun itu mengetahui dirinya terkena sihir namun dia lupa keseluruhan kejadian yang berlaku sepanjang tempoh ‘sakit’.
Dalam pada itu, bercerita tentang persahabatan antara suaminya dan rakan terbabit, kedua-dua mereka saling mengenali sejak dua tahun lalu iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Atas sebab tugasan pada tahun 2020, suami bertemu dengan rakan dia di Pasir Gudang, Johor. Mereka tiba-tiba dipindahkan ke sana.
“Pada masa tu, masing-masing bujang lagi… jadi memang banyak lakukan aktiviti bersama sehinggalah rakannya berhenti kerja secara mengejut,” katanya.
Video yang tular di laman TikTok
@renafarezzaaaaAda cerita sebalik kesedihan dia. Tapi aku yg speechless tgk dia nangis depan semua org♬ original sound – Rena Farezza Mohd Khairulzaman
The post Pengantin Lelaki Rebah Selepas Lafaz Akad Mikah Akibat Dengki ‘peminat misteri’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hJIMiK9
via IFTTT
0 Response to "Pengantin Lelaki Rebah Selepas Lafaz Akad Mikah Akibat Dengki ‘peminat misteri’"
Post a Comment