Bakar Barang K-Pop Anak, Netizen Berang Harap Ibu Remaja Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, sudah semestinya kita harus ambil tahu tentang minat anak-anak. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga seharusnya menyokong minat anak-anak selagi tidak mendatangkan kesan buruk kepada mereka.

Bagaimanapun, masyarakat kita tidak terlepas dari sikap sesetengah ibu bapa yang kuat mengongkong dan terlalu ‘strict‘ dengan anak-anak mereka sehingga menyekat apa sahaja yang ingin dilakukan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang bapa telah bertindak agresif dengan membakar kesemua barang-barang koleksi K-Pop yang disimpan oleh anak perempuannya.

Menurut pemilik video ini, dia sebagai seorang ibu langsung tidak galakkan mahupun memberi sokongan atas minat puterinya yang kini bersekolah menengah.

Walau bagaimanapun, dia sedar tindakan membakar koleksi berkenaan tanpa bertanya dahulu bukanlah cara yang betul untuk mengajar anak mereka.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat remaja itu menangis dan kecewa. Lebih-lebih lagi koleksi yang dimilikinya dibeli dengan hasil tabungan, hadiah daripada rakan dan juga hasil tangannya sendiri.

Ternyata, perkongsian di TikTok ibu remaja ini menjadi isu hangat diperkatakan di media sosial. Netizen amat bersimpati dengan remaja perempuan itu.

Selain itu, netizen berpendapat perbuatan sedemikian akan mempengaruhi emosi anak-anak seterusnya membuatkan anak-anak hilang percaya serta menjauhkan diri daripada ibu bapa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya geram melihat tindakan ibu bapa berkenaan yang langsung tidak endah dengan minat anak mereka. Malah, perbuatan merakam reaksi remaja tersebut turut dianggap sebagai penderaan oleh sesetengah netizen.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok dan Twitter

“jgn kongkong anak nak minat apa , kalau nak strict pun sila lah pantau, say no to bnda salah. tpi jgn smpai anak tak suka kita .”

“Mak ayah dulu pun obses bertampal poster artis kesayangan nirvana dekat dinding. Tak tahu ke barang kpop tu kalau jual balik, harga makin naik? 🤭

“kalau one day dia suka memberontak, don’t ask her why”

Video yang tular di laman TikTok

@cikatienn Mama tak galakkan..sokong pun tidak.Tapi bukan ni caranya.#fyp #kpop #CapCut #inistylekita ♬ Buah Hati – Armada

The post Bakar Barang K-Pop Anak, Netizen Berang Harap Ibu Remaja Dihantar Ke Rumah Kebajikan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/Vo4LA10
via IFTTT
loading...

0 Response to "Bakar Barang K-Pop Anak, Netizen Berang Harap Ibu Remaja Dihantar Ke Rumah Kebajikan"

Post a Comment