“Baru betul setia..” Disuap Suami OKU Guna Kaki, Reaksi Tersipu-Sipu Isteri Buat Ramai Kagum

Mencari pasangan yang susah senang bersama bukan lah satu perkara yang mudah. Apatah lagi pada masa kini ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu barulah hati hati budi masing masing.

Hal demikian kerana ramai yang inginkan hidup selesa pada masa akan datang dan tidak mahu berdepan dengan apa-apa risiko.

Tidak cukup dengan itu, kadang rupa juga menjadi kayu ukur. Manakan tidak, ramai yang lebih memilih individu yang ‘perfect’ dari hujung rambut ke hujung kaki sehingga kita terlupa tiada seorang pun daripada kita adalah sempurna.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat pasangan suami isteri ini ketika makan nyata mencuri perhatian ramai.

Percaya atau tidak, suami isteri ini berjaya mengikat tali percintaan mereka sesempurna mungkin walaupun ‘berlainan’ kesempurnaan yang dimiliki.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @alongpm, dapat kita lihat kedua-dua mereka berada di sebuah kedai makan.

Namun apa yang lebih menjadi tumpuan adalah wanita tersebut tersipi-sipu malu ketika suaminya, Mohd Khairuddin Che Rani yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) menyuapkan makanan kepadanya.


Yang menariknya, suaminya itu menyuapkan makanan ke mulut isterinya yang dikenali sebagai Wani melalui sudu bukan dengan tangan, tetapi kaki kirinya.

Gelagat Wani nyata memaparkan dia langsung tidak kekok malah kelihatan sangat mesra dan menghargai setiap momen bersama suami tercinta.

Meninjau di ruangan komen, rata-raya warga netizen memuji sikap setia Wani walaupun keadaan suaminya yang lain daripada lain.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga kagum melihat kebahagiaan mereka malah mendoakan agar hubungan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sekadar info, pasangan istimewa itu dikatakan baru sahaja mendirikan mahligai cinta mereka pada Jun tahun ini di Kampung Banggol Chicha, Pasir Mas, Kelantan.

Khairuddin juga memanfaatkan sepasang kakinya untuk mencari rezeki sebagai pelukis sepenuh masa bagi menyara keluarga di Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd.

Antara komen warga maya:
“Semoga terus hidup bahagia beraama hingga ke Jannah”

“Allah hadirkan bidadari buat mu bangg.. nak cari kat mana isteri yang macam ni..”

“Susah nak jumpa wanita seperti akak.. ini dinamakan cinta lahir dari hati..”

Video yang tular di laman TikTok:

@alongpm #CapCut #pengantinviral #pelukisviral #mzgold @syafiqazaim @fadilturrbo @jeckrilek @hazwanizzat_ ♬ original sound – Helmi Irman – Helmi Irman Official

The post “Baru betul setia..” Disuap Suami OKU Guna Kaki, Reaksi Tersipu-Sipu Isteri Buat Ramai Kagum appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/QTGC98D
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Baru betul setia..” Disuap Suami OKU Guna Kaki, Reaksi Tersipu-Sipu Isteri Buat Ramai Kagum"

Post a Comment