“Boleh Kena Radang” Tarik Rambut Untuk ‘Relieve’ Sakit Kepala, Doktor Perjelas Kesan Buruk

Ada sesetengah orang yang mudah pening kepala bahkan ada juga yang mengalami migrain yang teruk apatah lagi bila berada di tempat yang sesak, mendengar bunyi lagu yang kuat dan melewati jalan raya yang berselekoh.

Baru-baru ini, tular sebuah ‘cara’ yang dikatakan berkesan untuk menghilangkan sakit kepala iaitu perbuatan tarik rambut atau scalp popping. Dengan kaedah ini, katanya dapat melegakan tanpa mengambil paracetamol.

Pun begitu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Dr Wan yang berkongsi akibat buruk daripada tindakan tersebut mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok @drwanshare, dia menyifatkan perbuatan itu sangatlah bahaya dan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit terkoyak.

“Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua, membazir duit kerajaan je.”

Berkongsi lanjut, lapisan dalam kulit yang dipanggil senagai Galea boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kepada penyakit Folliculitis iaitu jangkitan kuman pada akar rambut.

“Daripada nak release headache terus dapat jangkitan kuman. Korang nak macam tu?” Ujarnya

Video yang tular di laman TikTok:

@drwanshare Tarik rambut untuk relieve sakit kepala….#dr1share #doktortiktok #tiktokguru ♬ original sound – DR1 SHARE

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan kenyataan Dr ini kerana malah tidak ingin mudah terpengaruh dengan apa yang viral pada masa kini.

“tapi bagi saya memang berkesan nak hilangkan sakit kepala, dah telan panadol ka ponstan ka tak lega.. ni la jalan lain nak bagi lega”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga yang menepis kenyataan Dr Wan dan menanggap ianya merupakan satu petua orang lama yang masih diguna pakai sehingga kini malah ada yang tidak menyangkal bahawa perbuatan scalp popping sangat melegakan walapun membawa keburukan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“ni petua orang dulu2.. tapi kebanyakkan petua orang dulu2 banyak manfaat dan membantu..”

“tapi betul memang berkesan..terpulang pada masing2 la..”

The post “Boleh Kena Radang” Tarik Rambut Untuk ‘Relieve’ Sakit Kepala, Doktor Perjelas Kesan Buruk appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/0LtG54q
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Boleh Kena Radang” Tarik Rambut Untuk ‘Relieve’ Sakit Kepala, Doktor Perjelas Kesan Buruk"

Post a Comment