Fizz memaklumkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst selain mengandung di luar rahim.
Menurut Fizz, ketumbuhan mula dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” kata Fizz.
Tambahnya, cyst tersebut perlu segera dibuang kerana dikhuatiri pecah dan memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan. Oleh itu, doktor mencadangkan kepada mereka untuk menjalani pembedahan dengan segera.
Selain itu, Fizz turut memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui keputusan laporan ujian darah.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” kata Fizz.
Fizz juga memaklumkan tahap kesihatan Almy kurang baik dan mengalami lemak tubuh badan sejak kebelakangan ini selain cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.
Dalam pada itu, ramai rakan-rakan artis serta peminat mereka berdua menitipkan doa agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan dan Almy diberikan kesembuhan.
Video yang tular di laman Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
The post Almy Nadia Hamil Luar Rahim, Terpaksa Dibedah Buang Cyst appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hpd3xjk
via IFTTT
0 Response to "Almy Nadia Hamil Luar Rahim, Terpaksa Dibedah Buang Cyst"
Post a Comment