Awal tahun lepas, pusat beli-belah eCurve di Petaling Jaya telah dikhabarkan akan ditutup, berkuat kuasa pada 31 Mac 2021. Malah, penyewa telah menerima notis mengenai penutupan pusat beli-belah itu.
Sebelum ini, eCurve merupakan pusat tumpuan remaja yang membesar atau belajar di Lembah Klang. Rata-ratanya berkunjung ke sini kerana ada panggung wayang, arcade dan tempat makan.
Terbaharu, eCurve yang dulunya menjadi tumpuan ramai kini sudah bertukar menjadi ‘ghosted mall’, kata seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @naeldaily.
Menerusi perkongsian individu itu, dapat dilihat suasana eCurve yang kini suram dan sunyi. Banyak kedai yang dulunya meriah dengan pelbagai hiasan dan warna lampu kini menjadi gelap, membuatkan suasana bertambah seram.
Menurut @naeldaily lagi, pusat beli belah itu kini hanya dibuka untuk pengguna MRT yang mahu ke The Curve dan kawasan sekitar yang lain.
Video yang dikongsikan beberapa bulan lepas itu tular dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Malah, video berkenaan berjaya meraih sebanyak 700.6 ribu tontonan serta 64.7 ribu tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen pula, kebanyakan mereka berkongsi memori sepanjang membesar di sekitar eCurve. Selain itu, mereka turut perasan peningkatan bilangan pusat beli belah yang terbiar di kawasan ibu kota.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“too many malls in kl selangor..some of them were ghosted”
“e-curve ni port tengok wayang zaman teenager,sedih bila dh jd mcm ni.”
“Ecurve dah tutup dah. Mall shutdown.”
“Since 31 March 2021 due to pandemic. Supposed to be redeveloped but I don’t see any progress at all, it looks like time has stopped there.”
Video yang tular di laman TikTok
@naeldaily KL on-foot #ghostmall #ecurve #thecurve #ikeadamansara #mrtputrajayaline ♬ Kelam Malam ost pengabdi setan – Tri
The post Netizen Sebak Lihat Keadaan eCurve Kini, Berubah Jadi ‘Ghosted Mall’ Sejak PKP appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/yes6xRY
via IFTTT
0 Response to "Netizen Sebak Lihat Keadaan eCurve Kini, Berubah Jadi ‘Ghosted Mall’ Sejak PKP"
Post a Comment