Pada masa kini, netizen disajikan dengan pelbagai berita di media sosial dan siapa sangka, terdapat banyak daripada berita tersebut yang tidak sahih.
Perkara ini akan bertambah teruk apabila ada netizen yang mengecam sehingga mengeluarkan kata-kata kesat pada seseorang ataupun si penyebar berita itu sendiri yang menfitnah ataupun memalukan orang lain.
Sama juga seperti kisah yang tular semalam dimana seorang pelajar sekolah teruk dikecam kerana tidak membantu bapanya terjatuh daripada motorsikal.
Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat, seorang ayah sedang berada di hadapan sekolah untuk mengambil anak perempuannya sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.
Malangnya, si ayah dilihat tidak dapat mengimbangi badannya dan akhirnya terjatuh di atas jalan raya.
Pun begitu, anaknya yang berada di sebelah seakan melihat sahaja perkara tersebut dan langsung tidak membantu ayahnya yang terjatuh itu.
Susulan perkara tersebut, netizen mempertikaikan situasi itu malah mengecam tindakan anaknya sehingga ada yang mengatakan budak tersebut tidak bersyukur.
Antara komen warga maya:
“Sakitnya hati aku tengok.. ko dah kenapa dikk oii.. kalau bukan sebab ayah ko tak wujud kat dunia ni..”
“Bersyukurlah ayah dah usaha hantar pagi2”
“Jangan merasa malu kasih sayang ayah sepanjang hayat..”
“Allah sedih tengok.. kenapa tak angkat ayah tu dik oiii”
“Hargai lah ayah ko dik nanti dah takde baru kau tau rasa rindu kenangan bersama dia..”
“Aku pi sekolah pun jalan kaki.. syukur lah dik oi ayah pi hantaq and ambil naik motor..”
“Kesiannya..”
Bagaimana pun, wakil sekolah pelajar berkenaan tampil bersuara dan meminta agar individu yang menyebarkan video tersebut memadamnya dan meminta maaf kepada keluarga terlibat.
Ini kerana ramai orang telah salah faham sehingga mengguriskan hati pihak sekolah dan keluarga pelajar itu.
“Mohon panjangkan kepada pemilik TikTok ini. Delete video ini. Amat mengguris hati warga Semnash Besut. Mohon jai-99 mohon maaf kepada pelajar dan keluarga mereka,”tulis wakil sekolah berkenaan.
“Pelajar kita ini lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.
“Kasihan pelajar ini. Semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebarkan tanpa mengetahui kebenaran.”jelasnya lagi.
Perkongsian yang tular:
View this post on Instagram
Difahamkan, kini pemilik asal yang menyebarkam video tersebut telahpun memadam rakaman itu.
The post “Dia lembam” Dikecam Tak Tolong Ayah Jatuh Motor, Wakil Sekolah Tampil Maklum Perkara Sebenar appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/cny14am
via IFTTT
0 Response to "“Dia lembam” Dikecam Tak Tolong Ayah Jatuh Motor, Wakil Sekolah Tampil Maklum Perkara Sebenar"
Post a Comment