“Jangan salahkan pekerja” Isu Kedai 99 Speedmart Semak, Pekerja Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Bukanlah satu perkara yang baharu jika kita ingin bercerita tentang kedai serbaneka 99 Speedmartd yang didalamnya berselerakkan sehingga membuatkan pembeli tidak selesa memilih barangan.
Iospital phone repair gombak
Hal ini menjadi tanda tanya ramai, apakah staff tidak buat kerja? Ataupun ada masalah lain yang menyebabkan stok barangan berselerakkan dan ada kalanya kotak-kotak besar menghalang jalan yang ada.

Tampil menjelaskan isu tersebut, seorang pekerja kedai serbaneka itu berharap agar orang ramai tidak menyalahkan staf yang ada.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_m.hidayat, dapat kita lihat kedai serbaneka itu berselerak dipenuhi dengan lambakan kotak-kotak yang mengandungi stok baru untuk diisi.

Malah menyebabkan pelanggan susah untuk mengambil atau mencari barangan yang ingin mereka beli.

Bagaimana pun, lelaki ini menjelaskan jadual penghantaran yang tidak teratur menyebabkan para pekerja gagal untuk menyimpan stok dengan baik kerana tiada lagi tempat untuk meletakkan stok-stok tersebut.

“Speedmart ni memang suka boom barang ke dah kemas cantik semua esok datang benda yang sama stress aku! ingat staf tak sakit ke badan semua kalau barang pun benda sama jee hantar”

“kadang2 customer nak beli barang pun susah ,tak ikut trip! kepada customer tersayang jangan salah kan staf salah kan warehouse speedmart”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui keadaan seperti itu sememangnya berlaku di kebanyakkan kedai serbaneka 99 Speedmart.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berkongsi pengalaman sama sepanjang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

Antara komen warga maya:

“Geram juga.. nak beli barang tapi dah kena block dengan kotak”

“Abang aku kerja speedmart selalu complain dalam seminggu entah berapa kali lori datang hantar barang..”

“Bf i pun complain speedmart dia asyik lori hantar barang je”

“3.5 tahun pengalaman, dah penah hadap benda2 macam ni”


Video yang tular di laman TikTok:

@_m.hidayat_ speedmart ni memang suka boom barang ke dah kemas cantik semua esok datang benda yang sama stress aku ! ingat staf tak sakit ke badan semua kalau barang pun benda sma jee hantar .kadang² customer nak beli barang pun susah ,tk ikut trip !kepada customer tersyg jangan salah kan staf salah kan whrehouse speedmart ☺#fypp #fypsounds #speedmart99 ♬ bunyi asal – мιяα❤

The post “Jangan salahkan pekerja” Isu Kedai 99 Speedmart Semak, Pekerja Tampil Jelaskan Perkara Sebenar appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/YADr2Pz
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Jangan salahkan pekerja” Isu Kedai 99 Speedmart Semak, Pekerja Tampil Jelaskan Perkara Sebenar"

Post a Comment