Dua Beradik Tidur Beralaskan Tikar Di Hospital, Rupanya Tengah Tunggu Mak Sakit Buat Ramai Sebak

Di hospital, pelbagai situasi yang dapat kita lihat, dimana ada yang dikurniakan harta namun tidak untuk kesihatan, ada yang hanya menanti ajal, ada keluarga yang menangis kehilangan salah seorang daripada ahlinya, ada juga yang baru melahirkan zuriat ke muka bumi dan bermacam lagi.

Senang kata, ada sedih dan ada juga duka bahkan cukup untuk memuhasabahkan diri sendiri.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berkongsikan tentang dua beradik yang tidur di satu ruangan di sebuah hospital.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ikiey, difahamkan kejadian berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

Pada awalnya lelaki tersebut agak berang mengapa mereka ditinggalkan berdua di situ beralaskan tikar dan menyangka ibunya terpaksa meletakkan mereka disitu kerana perlu bekerja.

“Nampak dua beradik ni tidur, mulanya ingatkan mak diorang tinggalkan kat situ sebab maknya kerja..”

Namun siapa sangka, bila didekati, rupa-rupanya dua beradik tersebut sedang menunggu ibunya yang sakit.

“Awal tu nak angin juga sebab biarkan budak2 ni dari pagi kat situ, tapi lepas mak aku cakap diorang tengah tunggu mak diorang yang sedang sakit dekat atas, rasa sebak terus”

Usai mendengar luahan tersebut, pemuda ini pergi membeli sedikit makanan seperti biskut dan juga air kotak buat mereka.

“Mak aku pergi tanya dan aku pulak gi beli biskut dengan air kotak untuk diorang ni, nampak kesian sangat”

Lelaki ini juga akui sebak melihat keadaan mereka berdua apatah lagi pada usia yang masih kecil namun situasi memaksa mereka untuk berdikari dan menjadi dewasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan dua beradik ini dan dalam masa yang sama bersyukur kerana ada orang baik yang menolong mereka membelikan sedikit makanan.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan kedua-dua daripada budak tersebut menerima didikan yang hebat oleh ibu bapa mereka kerana abangnya sudah mampu untuk menjaga si adik walaupun mereka masih kecil.

Antara komen warga maya:

“Pandai mak dia didik anak dia.. dah boleh berdikari jaga adik..”

“Kesian anak2 masih kecil.. moga mak nya cepat sembuh.. diberikan kesihatan”

“Bahaya biar budak2 macam tu..”

“Bila mak jadi ketua keluarga dan mak sakit..”

Video yang tular di TikTok:

@ikieyyyy “mak dekat atas, mak sakit, tengah tunggu mak” Allahu 🥺 semoga mak awak cepat sembuh dik 🤲🏻🤲🏻 #fyp ♬ original sound – rhianne

The post Dua Beradik Tidur Beralaskan Tikar Di Hospital, Rupanya Tengah Tunggu Mak Sakit Buat Ramai Sebak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/76QfhMb
via IFTTT
loading...

0 Response to "Dua Beradik Tidur Beralaskan Tikar Di Hospital, Rupanya Tengah Tunggu Mak Sakit Buat Ramai Sebak"

Post a Comment