Cahaya mata adalah anugerah terindah buat pasangan yang bergelar suami isteri bahkan kehadiran zuriat juga mampu menambahkan kebahagiaan pada rumah tangga yang dibina.
Pun begitu, tidak dinafikan menjaga anak yang masih kecil bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi anak yang pada usia 8 tahun ke bawah memerlukan perhatian yang lebih.
Tidak hairanlah jika ada ibu atau bapa yang ‘burn out’ atau terlalu penat apabila sudah mempunyai anak kerana tiada masa untuk diri sendiri.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa ‘penat’ menjaga anak hinggakan menganggu fizikal serta mentalnya mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, terkadang dia merasa menyesal mempunyai anak kerana semasa berkahwin dirinya tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak seawal perkahwinan tetapi disebabkan suami ingin mempunyai zuriat maka dia hanya mengikutnya saja.
Bukan itu sahaja malah dia juga meluahkan bahawa dia berasa rindu untuk keluar berjalan-jalan tanpa memikirkan baby yang ada.
Berikut merupakan perkongsian yang tular:
— brgsjks (@brgsjks) May 17, 2022
— brgsjks (@brgsjks) May 17, 2022
Meninjau reaksi netizen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut agar lebih kuat.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan apa yang dialami wanita ini.
Berikut merupakan komen warga maya:
Rasa kena discuss dengan husband, bahagi kerja, and once jadi mak ni, tak boleh nak make sure everything perfect in order, memang nak taknak kena husband tlg buatkan kerja tu walaupun tak berapa kemas dia buat. Cuba cari me time, minta tlg sapa2 jaga anak dulu sejam dia.
— Ezza Haniza Hashim (@_HaniHashim) May 17, 2022
i rasa lepas bersalin mmg mental kita tak berapa stabil. Semua perasaan macam2 dtg normal kot ada fikir macam tu. I ni risau2, 3 dah keluar
— ナナ (@nana_nanuha) May 17, 2022
Mula2 sumpah stress menangis handle anak sorang2 dari pregnnt smpai umur ank setahun setengah. Husb PJJ . But alhamdulillah dpt transfer, 90% bab ank semua dia handle & rmh pon. Bersyukur sgt dpt husband memahami https://t.co/1lphGtca3m
— syaqirahashim (@syaqira_kyra) May 18, 2022
The why aku rasa aku perlu jd memilih.. Pling harap dapat yg rajin and jenis tak berkira. Easy going la en.. At least, we will share the burdens together.. sama2 rajin, sama2 malas time tgh malas. Aagitchew https://t.co/3E3B5HShgY
— daa (@ahhhdanik) May 17, 2022
mmg kena bersedia fizikal dan mental bila nk ada anak..klau tak ckup kuat mmg bole meroyan ye la dgn penat buat kerja rumah, tak ckup tido… alhamdulilah dpt suami bnyak tolak ansur keja ruma pun bnyak dia yg tlg buat..bila ank tak tdo nyeyak mmg jaga bergilir gilir https://t.co/YHXt70Nz9u
— lea mazlan (@adenorliyana) May 17, 2022
The post “Rindu Nak Keluar Sendiri..” Wanita Pagi Malam Menangis Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat, Netizen Tampil Beri Pandangan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/25ctRON
via IFTTT
0 Response to "“Rindu Nak Keluar Sendiri..” Wanita Pagi Malam Menangis Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat, Netizen Tampil Beri Pandangan"
Post a Comment