Tidak dinafikan ramai daripada kita yang suka melihat keindahan pemandangan apatah lagi dari jarak yang tinggi contohnya di atas bukit, atau pun makan di ‘rooftop’ dan banyak lagi.
Bagaimana pun, ada juga tempat yang tidak sesuai untuk kita menikmati pemandangan oleh kerana faktor keselamatan.
Beberapa hari lalu fasa pertama Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) telah pun dibuka kepada orang ramai. Lebuhraya terbaharu itu dibuka sejauh 16.6 kilometer yang bermula dari persimpangan Cheras – Kajang hingga ke persimpangan Bukit Antarabangsa.
Bagaimana pun, baru beberapa hari dibuka, tular satu video memaparkan situasi yang kurang senang dimana orang ramai selamba parking di tepi jalan Lebuhraya SUKE untuk menikmati pemandangan.
Bukan setakat berhenti malah ada juga yang sehingga keluar daripada kenderaan untuk melihat keindahan alam.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @filzaainaaa, dia sempat berseloroh mengatakan mungkin nanti akan ada gerai pula yang bertapak di situ.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menasihatkan orang ramai agar tidak berhenti di situ demi menjaga keselamatan diri dan orang lain.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang akui kejadian seperti ini ‘normal’ bagi lebuhraya baru dibuka di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
“SUKE Highway baru bukak dah nampak flaws die ape.. bukan highway tu yg problem.. munyit2 yg berenti tepi tu yg problem. Sikit lagi beratur gerai tepi tu”- ujarnya di ruangan kapsyen
Antara komen warga maya:
“Highway ni tinggi view cantik”
“Bahaya la boleh buat accident”
“Biasa la kak ada kenduri tempat baru”
“Cam Rawang Bypass dulu la awal2 ramai berenti. Sekarang dah tak de dah pun. Chill je la”
Video yang tular di laman TikTok:
@filzaainaaa SUKE Highway baru bukak dah nampak flaws die ape.. bukan highway tu yg problem.. munyit2 yg berenti tepi tu yg problem sikit lagi beratur gerai tepi tu #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #monyet #SUKE #poormentality ♬ Spooky comedy-like pop – SOUND BANK
Agak agak lah pun ‘nok ko suasano’, fikir juga keselamatan diri dan orang lain ya..
The post “Bahaya laa” Parking Tepi Jalan Lebuhraya SUKE Demi Tengok Pemandangan, Netizen Tampil Beri Pandangan appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/6mu3T4Y
via IFTTT
0 Response to "“Bahaya laa” Parking Tepi Jalan Lebuhraya SUKE Demi Tengok Pemandangan, Netizen Tampil Beri Pandangan"
Post a Comment