Nama Yuna dalam industri muzik sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai ini cukup dikenali dengan gaya tudung turbannya dan mengetengahkan muzik rock indie. Malah kerjaya penyanyi ini mula meningkat naik selepas popular dengan lagu “Dan Sebenarnya” ini telah meraih tumpuan ramai.
Terbaharu, penyanyi ini dan beberapa selebriti tempatan telah menghadiri acara New York Fashion Week (NYFW) di kota metropolitan New York sejak 9 September lalu bersama bintang antarabangsa. Antara yang hadir adalah Yuna, Joe Flizow, Afgan, Isyana Saravasti dan lain-lain lagi.
Pun begitu, apa yang mencuri perhatian apabila penyanyi terkenal dari Indonesia Afgan ini telah berkongsi sebuah video yang memaparkan momen pertemuannya bersama Yuna dan Joe Flizow.
Menerusi Insta Story yang dimuat naik oleh Afgan, kelihatan Yuna yang sedang mendekati Afgan itu telah menyapa antara satu sama lain sebelum mereka berpelukan mesra.
Susulan isu tersebut, Yuna telah menerima kritikan dan perhatian ramai di platform media sosial kerana saling berpelukan bersama dengan Afgan. Walau bagaimanapun, segelintir netizen menganggap perkara tersebut sememangnya normal untuk individu yang tinggal di luar negara. Malah ada yang menyifatkan Yuna sebagai artis ‘level antarabangsa’ jadi tidak hairanlah jika dia melakukan tindakkan sebegitu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Yuna yang tidak berhati-hati kerana banyak mata-mata yang memerhatinya untuk dijadikan bahan kontroversi.
Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan penampilan berhijab penyanyi ini seperti sudah ‘free hair’ kerana dilihat aurat lehernya terdedah.
Antara komen warganet di laman Twitter dan Facebook:
Laaa kenapa nak kecam Yuna peluk Afgan?? Normal la tu retis level antarabangsa peluk cium. Alahh netizen ni semua benda nak kecam. Kesian Yuna..
— Kang Tae Oh (@akugewemung) September 13, 2022
Side afgan takde apa, sana normal peluk2. Kita je la kot. Entahla, patutnya yuna pun kena la be careful jugak. Banyak mata2
— kaka (@kakazamani) September 13, 2022
“Itulah beza tutup aurat & tutup rambut..”
“Dah duduk kat Amerika tu, dah terpengaruh lah tu budaya sana..tengok lah biras dia si BCL tu..”
Tekan di sini untuk melihat video tersebut.
The post Yuna & Afgan Berpeluk Mesra Di Kota New York, Aksi Penyanyi Ini Undang Kecaman Ramai appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/eStazXo
via IFTTT
0 Response to "Yuna & Afgan Berpeluk Mesra Di Kota New York, Aksi Penyanyi Ini Undang Kecaman Ramai"
Post a Comment