Tiada Masalah Tayang Muka Anak, Elisya Sandha Percaya Netizen Akan Doa Perkara Baik

Memiliki cahaya mata sebagai penyeri kehidupan rumah tangga adalah impian setiap pasangan suami isteri. Selepas menimang anak pertama dan sudah bergelar ibu bapa, ada yang mengambil keputusan untuk tidak berkongsikan wajah anak mereka untuk tatapan umum di atas sebab-sebab yang tertentu.

Sejak kebelakangan ini kecoh di platfrom media sosial dimana ada segelintir selebriti yang enggan menunjukkan wajah anaknya kepada peminat.

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang pelakon yang juga merupakan adik kepada Fasha Sadha ini.

Umum mengetahui, Elisya Sandha atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha binti Hassan telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada Jun yang lepas malah dia sering berkongsikan ‘update’ mengenai anaknya di laman Instagram.

Difahamkan, pelakon ini memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menayangkan wajah anaknya Bunga Elhaq yang sudah berusia 3 bulan itu.

Menurut Elisya, dia dan suami percaya dengan netizen untuk mendoakan yang baik-baik untuk anak perempuannya itu dan berharap agar apabila memuat naik gambar Bunga orang ramai akan turut gembira dan tersenyum melihatnya.

“Bagi saya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk! Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum. Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga” katanya.

Tambah pelakon ini lagi, Elisya meluahkan rasa syukur kerana anak sulungnya itu mudah untuk dijaga malah tidak banyak karenah selama bergelar seorang ibu. Dalam pada masa yang sama, dia juga mengakui sering mengorbankan waktu tidurnya untuk menjaga Bunga namun lama-kelamaan anaknya itu seolah-olah memahami dengan keadaan sekelilingnya.

“Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangis. Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey”

“Alhamdulillah.. dia bukan penghalang untuk saya menyambung karier. Waktu seminggu selepas bersalin, agak susah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham” ujarnya.

The post Tiada Masalah Tayang Muka Anak, Elisya Sandha Percaya Netizen Akan Doa Perkara Baik appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/P4fFqzc
via IFTTT
loading...

0 Response to "Tiada Masalah Tayang Muka Anak, Elisya Sandha Percaya Netizen Akan Doa Perkara Baik"

Post a Comment