Kemeriahan perlawanan bola sepak Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung demi merebut Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil nyata terasa.
Manakan tidak, ianya menjadi bualan hangat susulan banyak perkara yang terjadi dan salah satunya adalah lagu Negaraku yang dinyanyikan namun bunyinya ‘lain macam’.
Pun begitu, dalam kehangatan perlawanan tersebut, terdapat satu lagi isu lain dimana penonton tidak dibenarkan untuk membawa masuk powerbank.
Menerusi sebuah video di laman TikTok @, dapat kita lihat orang ramai menyerbu longgokan botol air namun siapa sangka mereka sebenarnya sedang mencari powerbank mereka.
Difahamkan, setiap individu yang membawa powerbank perlu diletakkan di luar stadium namun apa yang membuatkan ramai kecewa adalah pihak management hanya membiarkan sahaja powerbank tersebut tanpa dijaga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan mengapakah pihak pengurusan tidak meletakkan satu meja atau tempat yang sesuai bagi meninggalkan barangan yang tidak boleh dibawa ke dalam stadium.
Pun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa barang seperti botol air dan power bank memang ada dalam peraturan yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam stadium.
Antara komen warga maya:
“Takkan tak tahu bang powerbank tak leh masuk”
“At least masa konsert Billie dia letak atas meja, boleh collect balik lepas concert”
“Benda dah lama dah rules tak leh bawak powerbank”
“Benda dah bertahun mat..Tak leh bawa power bank masuk stadium..Tu sebab jangan final je baru datang stadium..Gurau mat”
Video yang tular di laman TikTok:
@apipausgonememang fakh
Seeloknya lepasni tak perlulah kita bawa benda yang dilarang oleh pihak pengurusan, namun dalam masa yang sama pihak pengurusan juga perlu menyediakan satu tempat yang selamat untuk meletakkan barang jika ada yang’ter’bawa ke stadium.
The post Perlu Tinggal Luar Stadium, Powerbank Milik Penonton ‘Lesap’ Dalam Timbunan Sampah appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/Cx06vZa
via IFTTT
0 Response to "Perlu Tinggal Luar Stadium, Powerbank Milik Penonton ‘Lesap’ Dalam Timbunan Sampah"
Post a Comment