‘Tidak Sihat’ Untuk Ekonomi Negara, Trend Pelancong Malaysia Ke Thailand Raih Perhatian Pakar Kewangan

Ramai diantara kita yang gemar untuk melancong ke luar negara. Selain dapat menikmati pemandangan, kita juga dapat melihat budaya sesetangah kaum dan cara kehidupan mereka yang sememangnya berbeza di negara sendiri.

Seperti yang kita tahu, individu yang berada di Malaysia diberi ‘lampu hijau’ untuk ke Thailand menerusi penggunaan pas lintas sempadan atau pasport.

Pembukaan pintu sempadan ini nampaknya telah mendapat sambutan meriah khususnya daripada rakyat Malaysia yang berpusu-pusu mahu masuk ke Thailand.

Bahkan berlaku kesesakkan lalu lintas di sempadan Malaysia-Thailand. Hal ini kerana, percutian ke Thailand nyata lebih berbaloi kerana mata wang yang agak rendah.

Bagaimana pun, baru-baru ini Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak tampil memberikan pendapat tentang perkara tersebut.

Menurutnya yang berkongsi pendapat di Mingguan Malaysia, trend bercuti di Negara jiran ini merupakan keadaan yang tidak baik untuk ekonomi negara jika proses pengaliran mata wang ke luar negara terus berlaku tanpa ada usaha menyeimbangkan antara kedua-dua aliran tunai berkenaan.

Beliau juga turut menyeru kerajaan mengadakan kempen agar lebih ramai warga Thailand berminat untuk melancong di Malaysia dalam usaha untuk menyeimbangkan pengaliran wang.

“Pilihan ada di tangan masing-masing, tetapi, dari sudut ekonomi kita yang akan rugi kerana duit banyak mengalir keluar. Wang tunai sepatutnya ‘berkitar’ dalam negara dengan menggalakkan lebih banyak kegiatan pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi domestik.

“Aliran keluar masuk wang tunai mesti seimbang. Jadi, kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen bagi menggalakkan lebih ramai warga Thailand atau negara yang bersempadan melancong ke Malaysia seperti mana rakyat kita sendiri melancong ke luar negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Memang nilai baht lebih mahal berbanding ringgit, tetapi kita masih mampu menampung kos-kos penginapan, pengangkutan, makanan berbanding di Brunei dan Singapura. Selain itu, pertukaran mata wang ini secara tidak langsung mengukuhkan hubungan dua hala dengan Thailand melalui pelancongan,” katanya

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata turut berpendapat perkara yang sama di mana ekonomi negara akan semakin tiris berikutan pendapatan warga Malaysia berjumlah antara RM1,000 hingga RM4,000 tidak dibelanjakan dalam negara.

“Jika trend pengaliran keluar ringgit ini terus berlaku, keadaan akan semakin teruk dan ringgit menjadi lemah. Jika wang tidak dibelanjakan dalam negara, ekonomi negara semakin bocor.

“Kita tidak boleh menghalang orang lain daripada melancong ke luar negara, tetapi di sini kempen cuti-cuti Malaysia harus mainkan peranan, tetapi yang saya lihat kempennya senyap sahaja,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai pendapat dua individu arif ini. Ada yang menyokong dan ada juga yang sebaliknya.

Video yang tular di laman TikTok:

@amsyarrr11 Mana2 rancak berdosa🤣, welcome to Thailand🇹🇭#fypシ #fyp #thailand🇹🇭#viral ♬ bunyi asal – jaridah

Sekadar info, Thailand dijangka menerima tujuh hingga 10 juta pelancong asing tahun ini selepas melonggarkan sekatan akibat pandemik COVID-19 manakala seramai 647,648 rakyat Malaysia direkodkan datang ke Thailand untuk lapan bulan pertama tahun ini.

The post ‘Tidak Sihat’ Untuk Ekonomi Negara, Trend Pelancong Malaysia Ke Thailand Raih Perhatian Pakar Kewangan appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/ztSHNd5
via IFTTT
loading...

0 Response to "‘Tidak Sihat’ Untuk Ekonomi Negara, Trend Pelancong Malaysia Ke Thailand Raih Perhatian Pakar Kewangan"

Post a Comment