Kanak-kanak ini banyak ragamnya, oleh hal demikian ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak-anak mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah kisah mengenai sekumpulan kanak-kanak bermain di hadapan rumahnya telah meraih perhatian warga maya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @faiizaizat di laman Twitter, dia meluahkan kekecewaannya apabila melihat kanak-kanak itu bermain di hadapan rumahnya sehinggakan ada yang memanjat kereta milik kakaknya tanpa izin.
“Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?
“So kalau kita suarakan perkara macam ni pun boleh kena maki sebab tak respect anak dia ke?” soalnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Difahamkan, pihak Faiz telah berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan ibu bapa mereka bertindak memohon maaf atas kesilapan anak-anak mereka.
Sebelumnya, dikatakan adik kepada Faiz sudah pun menyergah kanak-kanak tersebut ketika kejadian itu berlaku sehinggakan mereka terus masuk ke rumah mereka.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, ciapan ini telah mencecah sehingga 741.6K tontonan, 3901 retweets, 538 quote retweets, dan 5901 tanda suka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya mengeluarkan pendapat mereka kanak-kanak tersebut tidak wajar melakukan tindakan sedemikian kerana boleh merosakkan harta benda orang lain.
Namun ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak ini depan ibu bapa sifatnya baik sahaja, tapi apabila di luar kawalan terus nakal.
Antara komen netizen:
Marah je, kdg kdg bdk bdk ni tak tahu boundaries.
— imnellow (@nsfeimn) March 15, 2023
Kdg2 anK ni diluar jangkaan. Luar kawalan. Kita garang, marah mcmna pn.. Dia nk nakal, dia nk panjat, dia nk tumbok org, dia buat jugak wlopn makpak dh marah, dh rotan. Mak ayah dia boleh minta maaf, bagusla. Bkn jenis mak ayah yg menafikan perangai anak
— beluncas (@UlatBeluncas) March 15, 2023
Teringat masa raya..budak2 dtg raya main2 lompat sofa, ada yg panjat kereta,tegur cara baik. Selamba je panggil aku bodoh. Apa lagi aku maki balik kaw2..Budak2 tu lintang pukang lari balik rumah. Ada mak bapak siap aku sound sekali.
— Anni JH (@tua_ina) March 16, 2023
Ciapan yang tular:
Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?
So kalau kita suarakan perkara macam ni pun boleh kena maki sebab tak respect anak dia ke? Tanya pic.twitter.com/W4epoIMTHk
— faiz (@faiizaizat) March 14, 2023
The post Tular Video Budak Selamba Panjat Atas Kereta Orang Lain, Luahan Lelaki Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/9IqQtPZ
via IFTTT
0 Response to "Tular Video Budak Selamba Panjat Atas Kereta Orang Lain, Luahan Lelaki Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen"
Post a Comment