Jenguk Isteri Di Wad Siap Bawa Makanan Sedap2, Rupa-Rupanya Suami Nak ‘Balun’ Nasi Hospital

Apabila dimasukkan ke wad hospital, pasti kita berasa sunyi kan?

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, kesunyian itu boleh ‘dipecahkan’ dengan kehadiran mereka yang tersayang menemani kita.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini mengenai seorang suami yang sentiasa membawa pelbagai juadah yang dimasaknya sendiri ketika melawat isterinya telah mencuri perhatian orang ramai.

Memetik laporan MStar, Raja Nurul Akmal Raja Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Nurul, menjelaskan bahawa dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital sejak 25 Februari lalu disebabkan serangan jantung.

Difahamkan sepanjang tempoh 14 hari berada di wad, wanita itu mengakui telah membuat permintaan menu tertentu daripada suaminya kerana jemu dengan masakan hospital.

“Ada makanan yang saya request sebab awal-awal lagi dia dah pesan supaya beritahu jika nak makan apa-apa, dia cuba dapatkan.

“Apabila ada masa lapang, dia akan masak nasi goreng ikan bilis tumbuk. Kelmarin dia buat kejutan buat salad sayur dengan telur rebus, sedap sangat,” katanya.

Nurul turut menyatakan bahawa suaminya itu gemar berkongsi makanan yang telah disediakan oleh pihak hospital.

“Apabila dipelawa, tak pernah dia tolak. Memang sengaja dia suruh saya minta makanan sedap-sedap (dari luar) supaya dia dapat makan nasi hospital tu… tukar dengan dia.

“Lidah saya rasa tawar, tapi suami makan berselera. Kalau lauk ikan tu sampai tinggal tulang. Kat sini lauk sama je, tengah hari ayam, petang ikan tapi suami tak pernah jemu,” terang Nurul.

Apabila ditanya mengenai perasaannya sebagai seorang isteri, Nurul meluahkan rasa bangga dan teruja apabila suaminya itu melayannya seperti seorang bidadari.

“Saya tak pelik dengan perangai suami datang ke wad sebab kat rumah pun dia memang macam tu. Setiap pagi sebelum dia pergi kerja pun dia akan siapkan makanan untuk saya dan letak berhampiran dengan katil saya tidur.

“Bukan setakat masak, suami juga tolong kemas rumah, uruskan kucing dan ayam, basuh dan sidai baju, termasuk mandikan saya.

“Malam sebelum tidur dia akan urut saya supaya saya selesa dan tak sesak nafas ketika tidur,” jelas Nurul sambil menceritakan bahawa suaminya itu giat melakukan pelbagai kerja misalnya tukang urut, khidmat katering dan mengambil upah mengangkat barang.

Dalam pada itu Nurul juga bersyukur selama perkahwinannya yang sudah menjangkaui tujuh tahun itu, dia telah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab pada keluarganya.

“Bukan niat saya untuk memuji suami sendiri, tetapi inilah kurniaan yang Allah beri pada saya,” luahnya lagi.

Sementara itu, Nurul menjelaskan bahawa kini dia berada di dalam pemantauan hospital dan sedang menunggu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung.

Dikatakan, Nurul telah disarankan untuk melakukan pembedahan di hospital swasta, akan tetapi ianya memerlukan kos yang dianggarkan antara RM 30,000 hingga RM 40,000.

Selaras dengan itu, dia mengharapkan sumbangan untuk menyegerakan pembedahannya sambil meluahkan rasa terujanya untuk kembali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang itu.

“Saya nak layan suami macam raja!” kata Nurul.

Video TikTok yang tular:

@rajanurul123

suamiku misali…🤣🥰hari ke 14 dlm wad..ngam 2 minggu wehhh…

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

The post Jenguk Isteri Di Wad Siap Bawa Makanan Sedap2, Rupa-Rupanya Suami Nak ‘Balun’ Nasi Hospital appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/6zLkbQ0
via IFTTT
loading...

0 Response to "Jenguk Isteri Di Wad Siap Bawa Makanan Sedap2, Rupa-Rupanya Suami Nak ‘Balun’ Nasi Hospital"

Post a Comment