Pelajar Cuak Tiada Siapa di Sekolah Pada Hari Last Paper, Ibu Pula Gelabah Tiba2 Dapat Call Dari Anak

Sejak-sejak berlangsungnya peperiksaan penting Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermacam-macam kisah dikongsikan di media sosial.

Iospital phone repair gombak

Ada yang membuatkan kita terhibur ketawa dek kerana ragam calon itu sendiri, ada juga yang sebaliknya.

Di TikTok, tular satu rakaman seorang pelajar lelaki tiba di sekolah untuk menduduki kertas terakhir berakhir debaran apabila tiada sesiapa di sekolah!

Menurut ibu pelajar berkenaan, Nor Azillah Fatimah Othman, 42, putera sulungnya Effirul Hafiy, 18 teruja menduduki subjek terakhir, Bahasa Arab.

Tiba-tiba dia menerima panggilan daripada anak sulungnya, membuatkan wanita yang tinggal di Hillpark, Bandar Teknologi Kajang itu berdebar.

Nor Azilah akui kesibukan bekerja sebagai pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia, Kajang, telah menyebabkan dia ralat mengenai tarikh peperiksaan anaknya pada 9 Mac 2023.

“Setiap hari memang saya akan hantar anak ke sekolah dan lepas tu baru pergi kerja. Epi tengah SPM sekarang pun saya yang hantar pagi-pagi. Kertas akhir dia Bahasa Arab. Pagi tu sebelum turun dari kereta dia masih menghafal sebab subjek agak susah… banyak kena hafal.

“Saya dah sampai pejabat tiba-tiba dapat panggilan daripada dia. Berdebar jugalah sebab ingatkan tertinggal kad pengenalan atau berlaku sesuatu. Dengan suara panik dia cakap tak ada orang dekat sekolah. Saya suruh periksa lokasi peperiksaan. Bila Epi check, barulah dia perasan tarikhnya salah. Sepatutnya 9 Mac, tetapi dia ingatkan 8 Mac.

“Saya pun pergi ambil dia semula di sekolah dan hantar balik rumah. Cuak juga sebab anak sulung, tu yang emaknya pun kalut sampai tak terfikir nak check tarikh betul-betul.

“Mungkin seronok sangat nak ‘merdeka’ awal. Tapi saya beritahu dia yang mungkin Allah nak bagi peluang lagi sehari untuk belajar lagi. Macam-macam ragam,” katanya.

Bagaimanapun, wanita yang mesra disapa Zil enggan mendedahkan nama dan lokasi sekolah anak lelakinya itu.

Tambah Zil, walaupun dia dan suami cenderung ke bidang nombor dan pengiraan, namun anak sulungnya mengambil bidang bahasa.

Dalam pada itu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini memberitahu dia sekeluarga akan ‘terbang’ ke Vienna pada 27 April ini selepas ditawarkan menjadi pekerja kerajaan antarabangsa dan akan berkhidmat dengan sebuah syarikat di sana.

Bercakap mengenai minat dan cita-cita Epi, besar kemungkinan anaknya itu juga bakal menyambung pengajiannya di sana.

“Suami saya jurutera. Tapi kami nampak Epi minat bahasa. InsyaAllah kami sokong apa sahaja minat dia. Sebab yang nak belajarnya dia. Kami tak paksa dia untuk sambung bidang yang sama.

“InsyaAllah dia akan sambung belajar dekat sana. Tak sanggup nak tinggal dia dekat Malaysia seorang diri. Sebab saya akan bekerja di sana selama dua tahun. Nanti dia akan buat program Asasi dulu lepas tu baru pilih jurusan,” katanya.

Wanita ini turut menitip pesan buat ibu bapa di luar sana yang mungkin sedang ‘berperang’ dengan masa depan anak-anak remaja mereka.

“Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan lihat sisi positif dalam setiap kejadian yang berlaku.

“Tugas ibu bapa hanyalah membuka jalan dan memberi bimbingan kepada anak-anak. Tapi kita tidak boleh memaksa. Sekiranya kita mahu mencorakkan masa depan mereka, beri pendedahan dari awal supaya minat tu boleh ditanam dalam diri mereka,” nasihatnya.

Video yang tular di laman TikTok

@azillahfatimah Aduhai la anak! 😆 Yang mak nyer pun tak check, menonong je anta anak tu ke sekolah😅 #budakspm #spm2023candidates #anaksekolah #firstborn ♬ original sound – Nor Zill

The post Pelajar Cuak Tiada Siapa di Sekolah Pada Hari Last Paper, Ibu Pula Gelabah Tiba2 Dapat Call Dari Anak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/asXSTyo
via IFTTT
loading...

0 Response to "Pelajar Cuak Tiada Siapa di Sekolah Pada Hari Last Paper, Ibu Pula Gelabah Tiba2 Dapat Call Dari Anak"

Post a Comment