Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti Mark Adam bukan?
Seorang artis yang serba boleh sebagai penyanyi, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia.
Terdahulu, kita dikejutkan dengan berita kontraktor yang telah ditugaskan untuk membina kediaman ibu mertuanya sudah pun lari telah mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, Mark Adam meluahkan rasa kecewa kerana bayaran penuh sudah pun dibuat kepada kontraktor tetapi akhirnya dia melarikan diri begitu sahaja.
“Ya, kecewa masih ada. Apa yang saya boleh kongsi, hidup ini kita tidak tahu macam mana jalan dia,” katanya.
Dikatakan, dia berhasrat ingin membawa ayah dan mak mertua masuk ke rumah yang sedang dibina itu menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti namun apakan daya semua ini sudah pun terjadi.
“Banyak lagi yang belum siap sebenarnya, rumah itu. Niat untuk rumah tu, nak bawa mak dan ayah balik dekat rumah diorang. Saya rasa tidak kesampaian untuk raya kali ini.
Saya ada bercakap dengan isteri, kita kena perlahan-lahan cakap dekat mak dan ayah. Bagi diorang faham situasi.
“Kalau boleh, kita tak nak mereka tahu apa yang berlaku. Tapi mereka pun ada tengok berita dekat media sosial, kalau boleh nak elak cakap perkara negatif sebab mereka sudah pun berusia,” luah Mark.
Baru-baru ini pula, Mark Adam meluahkan kenyataan bahawa dia akan mengambil alih kerja membina kediaman ibu mertuanya itu.
Memetik laporan MStar, Mark Adam menyatakan bahawa dia bersama rakan dan juga abang iparnya akan menyambung kerja-kerja yang terbengkalai untuk menyiapkan kediaman itu.
“Status sekarang rumah itu saya kena teruskan menyambung projek tersebut dengan hasil tangan sendiri, buat sendiri dengan rakan-rakan serta dibantu bersama abang ipar.
“Walaupun mereka tolong pastinya akan ada bayaran untuk itu, sejujurnya saya terpaksa menanggung kerugian sebelum ini tetapi saya anggap ini sebagai satu ujian.
“Saya sedih sebab impian untuk hadiahkan rumah kepada ibu dan ayah mertua tidak kesempaian, tapi tak apa saya anggap ini satu pembelajaran buat saya,” jelasnya.
Video kenyataan Mark Adam:
The post “Kecewa masih ada” Kontraktor Lari Lepas Dapat Bayaran Penuh, Mark Adam Nekad Ambil Alih Bina Kediaman Ibu Mertuanya appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/I2MaOTu
via IFTTT
0 Response to "“Kecewa masih ada” Kontraktor Lari Lepas Dapat Bayaran Penuh, Mark Adam Nekad Ambil Alih Bina Kediaman Ibu Mertuanya"
Post a Comment