Ketika majlis konvokesyen berlaku, ada sahaja momen-momen mencuit hati terjadi tanpa disangka-sangka.
Lagi-lagi gelagat graduan itu sendiri. Ya lah, sekarang kan dah ada paparan skrin besar di sudut pentas.
Cameraman yang bertugas pun selamba sahaja merakam aksi lucu mereka. Setidaknya suasana dalam dewan tidaklah serius sangat.
Persis rakaman yang tular baru-baru ini, satu dewan sebuah institusi pengajian tinggi semasa sidang konvokesyen berdekah ketawa dek gelagat lucu seorang graduan yang disiarkan di skrin besar dewan.
Menerusi rakaman di TikTok itu, seorang graduan lelaki tersenyum sambil menunjukkan simbol tangan isyarat peace hingga kelihatan giginya yang rongak.
Keadaan itu menyebabkan dewan kecoh seketika sehingga Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Datuk Zulfikri Osman yang sedang berucap di atas pentas turut melihat rakaman di skrin.
“Saya terkejut juga. Saya baca ni macam tak ada yang kelakar, tapi satu dewan ketawa. Tapi tak apalah, hari ini memang hari untuk kita bergembira,” katanya yang disahut dengan tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.
Memetik artikel oleh mStar, graduan, Muhammad Hazim Roslan berkata, kejadian berlaku ketika Majlis Konvokesyen Perdana Institut Pendidikan Mara (IPMA) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Khamis.
Graduan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru itu memberitahu, pada awalnya dia mahu menunjukkan paparan ‘ayat bergerak’ menerusi telefon bimbit yang menjadi trend semasa anak-anak muda.
“Saja nak ikut trend yang graduan tunjuk telefon setiap kali konvo dalam dewan tu. Tapi masa visual di skrin sudah terpampang muka saya… tak sempat buka telefon dan saya hanya mampu senyum.
“Terlupa pula dua batang gigi depan tak ada, walaupun sebelum masuk dewan, kawan dah ingatkan jangan senyum nampak gigi. Itu yang saya cepat-cepat tunduk apabila satu dewan ketawa,” katanya.
Mesra disapa Ayim, pemuda berusia 23 tahun itu akui dia malu kerana giginya rongak, namun menerima kenyataan.
Rupanya, graduan Diploma Kompetensi Kimpalan itu kehilangan dua batang gigi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, kira-kira tiga minggu lalu.
“Sebelum majlis konvo, saya berdepan dengan satu ujian. Saya terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal dekat Johor Bahru.
“Saya dimasukkan ke hospital selama tiga hari. Dua batang gigi saya patah, hidung senget dan sedikit kesan lebam di bahagian mata selain beberapa kecederaan lain di tangan dan kaki,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.
Susulan kejadian, anak ketiga daripada enam beradik itu pada awalnya dirinya tidak bercadang untuk menghadiri ke majlis konvokesyen kerana kurang berkeyakinan.
“Apabila video saya di dewan konvo tular, ramai yang tanya tip macam mana saya boleh begitu yakin senyum dengan gigi tak ada. Tapi sebenarnya saya sendiri tak yakin nak datang konvo.
“Penampilan wajah saya berubah. Tapi syukur ada ibu dan ayah yang kuatkan semangat saya untuk hadir, sekali gus menambah keyakinan di hari konvo,” katanya.
Ayim yang kini bekerja sebagai jurukimpal berkata, dia bersyukur kerana selamat daripada nahas dan menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuhan Ilahi.
“Keadaan saya agak teruk ketika kemalangan, malah pengsan sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan beri peluang kedua,” katanya.
Video yang tular di laman TikTok
@snzbmr25 Elok tengah layan dengar berucap tiba2….. #convo #ipma #fyp ♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat
The post Graduan Rongak Bikin Satu Dewan Ketawa Mengilai, Timbalan Ketua Pengarah Pun Toleh Tengok! Ada Kisah Rupanya Sebalik Senyuman Rompong appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/C7yXYcO
via IFTTT
0 Response to "Graduan Rongak Bikin Satu Dewan Ketawa Mengilai, Timbalan Ketua Pengarah Pun Toleh Tengok! Ada Kisah Rupanya Sebalik Senyuman Rompong"
Post a Comment