Sudah masuk hari ketiga kita berpuasa dan tempat yang paling wajib dikunjungi mestilah bazar Ramadan. Mana tidaknya, bazar ini kan cuma dibuka sekali saja setahun.
Antara sebab ramai di antara kita gemar ke bazar ini kerana kepelbagaian juadah berbuka yang dijual. Sampai boleh rambang mata lah nak beli yang mana.
Pun begitu harus kita ingat, membeli jangan terlalu ikutkan nafsu sampai membazir. Kita boleh contohi tindakan lelaki yang hanya membelanjakan RM10 di Bazar Ramadan Stadium Kota Bharu Kelantan.
Seperti yang ramai tahu, makanan di Kelantan semuanya sedap-sedap belaka sehingga susah untuk kita tidak berbelanja lebih. Harganya pun berpatutan.
Video oleh @cujaang yang tular di TikTok memaparkan dia berjaya mendapatkan dua menu berbuka iaitu nasi lauk ikan patin tempoyak dan kuih ulat bulu dengan berbekalkan RM10.
Menerusi rakaman yang dikongsi, dia menunjukkan kemeriahan suasana di bazar ramadan itu membuatkan netizen lapar di siang hari.
Pelbagai menu dijual di situ termasuklah Nasi Kukus Menu Rahmah dengan harga RM5 ringgit sahaja!
Pemanis mulut seperti donut berperisa chocolate, cheese, peanut butter dan strawberry turut dijual dengan RM2 hingga RM3 sahaja.
Ayam korea juga ada di situ bertemankan makanan Korea yang lain seperti ramen, hanya RM10 sahaja satu bekas.
Air kelapa dan soya cuma berharga RM5. Sesuai diminum satu keluarga nanti untuk menyegarkan semula badan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ‘tergoda’ melihat juadah yang dijual di bazar ramadan tersebut.
Tak kurang juga anak perantauan yang tidak pulang ke Kelantan merindui suasana berpuasa di negeri kelahiran mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Tahun ni xdan nk g bazar kelate Blik kg rayo ke 3”
“Sdap blako napok tu”
“sedap wei kuih klate”
“rindunya ”
Video yang tular di laman TikTok
@cujaang Next mano eh #kelantanese #kelate #kb ♬ Ramadhan Tiba – Opick
The post Lelaki Dapat Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Ulat Bulu di Bazar Ramadan Kelantan Dengan Hanya RM10 appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/7XWLNxn
via IFTTT
0 Response to "Lelaki Dapat Beli Ikan Patin Tempoyak & Kuih Ulat Bulu di Bazar Ramadan Kelantan Dengan Hanya RM10"
Post a Comment