Nama pelakon cilik yang kini sudah semakin cantik membesar, Puteri Balqis tidak perlu diperkenalkan lagi.
Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menjadi terkenal juga kerana bakat lakonannya sendiri yang sangat menghayati sesuatu watak yang diberikan.
Pemenang Anugerah Skrin 2012 itu diminati ramai bukan hanya kerana bakat dan parasnya yang cantik semata-mata, tetapi kisah hidupnya yang mendapat perhatian ramai.
Pun perit pengalaman hidup yang telah Aqish harungi ketika masih kecil, dia dipuji ramai kerana masih kuat bertahan demi ibunya dan matang menghadapi setiap dugaan yang terpalit.
Terbaharu, Aqish sekali lagi meraih tumpuan netizen apabila tular satu rakaman di TikTok memaparkan remaja itu menjawab soalan menggunakan British English.
Menerusi perkongsian oleh @enbooth, mereka mengajukan beberapa soalan kepada Aqish sempena dengan Hari Wanita yang jatuh pada 8 Mac lalu.
Selain menjawab soalan dengan bijak, Aqish turut dicemburui ramai kerana mahir berbahasa Inggeris, bersama Brittish accent!
Seperti yang kita tahu, loghat British antara yang sukar dimahiri, pun begitu Aqish sangat lancar mengunakannya dalam perbualan sehariannya.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mencecah jumlah tontonan sehingga 675.4 ribu manakala meraih sebanyak 61.8 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi kagum mendengar English Puteri Balqis yang berloghat British.
Bukan itu sahaja, Aqish turut mengagumkan ramai dengan kata-katanya yang matang ketika diminta untuk describe wanita.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“she could pass as zahirah macwilson’s sisiter ”
“When she said “the men do struggle too”. Wuv u aqish. Well said.”
“HER BRIT-ISH ACCENT ”
“I LOVE THE WAY SHE DESCRIBED A WOMAN ”
“Kdg aku mcm x caye aqish ni dh matured cantik cmni.. sbb rase mcm dia kecik lg.. ke aku yg dh tua ”
“she talk about her mother”
Video yang tular di laman TikTok
@enbooth Watch how sweet & beautiful @morosechildofficial shares her thoughts on the day we celebrate women To make the week extra special, we have collaborated with a woman owned business @nonoshomemade. Get their signature Pandan Cloud Cake for FREE + 10% OFF with every purchase of Endesk from enbooth.com #iwd2023 #internationalwomensday #womenoftiktok #womenpower #puteribalqis #fyp ♬ original sound – enbooth
The post Netizen Puji British Accent Puteri Balqish, Auto Teringat Zahirah Macwilson appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/hnBSNmW
via IFTTT
0 Response to "Netizen Puji British Accent Puteri Balqish, Auto Teringat Zahirah Macwilson"
Post a Comment