Budak Hairan Kenapa Jarinya Melekat Tak Macam Orang Lain, Makin Kerap Tanya Sejak Masuk Tadika

Bagi insan yang bergelar ibu, anak adalah segala- galanya. Jangan kata wang, nyawa pun sanggup mereka gadai demi anak.

Iospital phone repair gombak

Tiada siapa pun dalam dunia ini dapat melakukan perngorbanan yang sama seperti ibu dan tandingi kasih sayangnya terhadap kita.

Persis kisah wanita ini yang sangat kasih kepada anak tunggalnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja agar anaknya membesar seperti kanak-kanak lain.

Menurut Hainah Jafar, anak lelakinya Muhammad Yusuf Adib dilahirkan dengan jari yang tidak normal pada kedua-dua belah tangannya.

“Jari manis dengan jari tengah Adib bercantum dan ia berlaku pada kedua-dua belah tangannya. Kami menyedari keadaan tersebut selepas Adib dilahirkan.

“Adib membesar sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang sihat, tak banyak kerenah dan senang untuk dijaga. Hanya jarinya saja lain.

“Dia okay saja melakukan pelbagai aktiviti macam kanak-kanak lain. Namun sebulan selepas masuk tadika, barulah Adib bersuara dan tanya kenapa jarinya tak macam orang lain,” kata wanita berusia 31 tahun dari Kota Tinggi, Johor ini.

Tambah Hainah, dia dan suaminya hanya mampu menerangkan kepada Adib bahawa dia kanak-kanak istimewa.

“Boleh dikatakan selepas ke tadika, hari-hari dia tanya ‘boleh tak buka jari Adib?’. Kita yang mendengarnya pun sayu apabila dia minta macam tu.

“Saya tanya Adib, kawan-kawan dia ada cakap apa-apa ke? Tapi Adib ni dia tak suka mengadu. Dia jawab ‘tak ada pun kawan tanya’.

“Apabila hari-hari dia asyik ulang benda sama, saya dan suami cakap nanti kita jumpa doktor.. Kami beritahu minta dia sabar, nanti lepas jumpa doktor, jari Adib akan elok.

“Iyalah, bimbang juga dia rasa sedih atau rasa terpinggir daripada orang lain,” kata Hainah yang membantu ibunya mengusahakan kedai makan.

Menunaikan janji kepada Adib, Hainah dan suaminya kali pertama membawa anak tunggal mereka untuk konsultasi bersama doktor di hospital bulan lalu.

“Doktor kata kondisi jarinya tak serius, hanya kulit dan isi yang melekat. Tulang jarinya tak cantum. Kos anggaran pembedahan bagi memisahkan jari yang melekat itu sekitar RM12,000 hingga RM13,000.

“Saya saja share dekat TikTok ketika bawa Adib kali pertama ke hospital untuk konsultasi tu. Tak sangka pula view sampai lebih 529,000 jumlah tontonan.

“Ramai yang doakan moga urusan pembedahan Adib dipermudah dan berjalan lancar. Ada juga yang cadangkan buka tabung untuk Adib kerana mereka nak beri sumbangan bagi tampung kos pembedahan.

“Tapi niat saya kongsi video hanyalah nak abadikan kenangan saja… bukan ada niat lain. Terima kasih bagi mereka yang doakan dan prihatin,” katanya.

Kata Hainah lagi, berkat sokongan dan bantuan ahli keluarganya, mereka berjaya mengumpul jumlah yang diperlukan bagi menampung kos pembedahan Adib.

“Alhamdulillah, Adib baharu selesai menjalani pembedahan memisahkan jari-jarinya pada 9 Mac baru-baru ini. Tangannya pun masih lagi berbalut.

“InsyaAllah pada 17 Mac nanti, balutannya akan dibuka. Adib memang tak sabar-sabar nak tengok jarinya.

“Perasaan saya sebagai ibu, rasa sangat bersyukur, sedih dan happy untuk Adib sebab dapat juga tunaikan permintaannya. Sebagai ibu bapa, kita lakukan apa saja yang termampu untuk anak.

“Kita berusaha selagi boleh untuk bahagiakan anak kerana ini untuk masa depannya juga. Saya nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada warga maya yang doakan Adib,” katanya lagi.

Video yang tular di laman TikTok

@ainaaloha1 #CapCut korg doa kan ye semoga dipermudahkan segale urusan anakda sy muhammad yusuf adib.. #yusufadib #fypシ #anakistimewaku ♬ original sound – Aa&p beauty

The post Budak Hairan Kenapa Jarinya Melekat Tak Macam Orang Lain, Makin Kerap Tanya Sejak Masuk Tadika appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/UTjZ2NP
via IFTTT
loading...

0 Response to "Budak Hairan Kenapa Jarinya Melekat Tak Macam Orang Lain, Makin Kerap Tanya Sejak Masuk Tadika"

Post a Comment