Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan.
Senan apa kita perlu berpuasa?
Hal ini demikian untuk mendisiplinkan diri daripada keinginan dan nafsu agar kita berada di landasan yang betul dalam setiap tindak tanduk langkah kita.
Namun lain pula yang terjadi baru-baru ini di mana sebuah rumah milik seorang wanita diserbu kerana menyediakan menu makanan buat mereka yang tidak berpuasa di bulan yang mulia ini.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @abemadzainydin83 itu, dia mengeluarkan nasi ayam goreng itu daripada mesin basuh dan dikatakan masih panas lagi (baru dimasak).
Bagaimanapun apa yang lebih menggelikan adalah apabila wanita itu meletakkan Nasi Ayam Goreng tersebut betul-betul berdekatan dengan mangkuk tandas dan di dalam mesin basuh.
Lebih menjijikkan, di dalam mesin basuh itu turut terdapat beberapa pakaian kotor seperti stokin diletakkan sekali bersama makanan berkenaan.
Difahamkan operasi itu dibuat setelah mendapat aduan awam di sekitar perumahan itu dengan mendakwa bahawa rumah wanita ini menjadi sarang kepada ‘geng plastik hitam’.
“makanan mcm ni memang sesuai lah dgn level² geng plastik hitam..sedap mat..bayangkan masa pekerja tgh mencirit tepi tu..penambah perasa..”
Video TikTok yang tular:
@abemadzainudin83 Part.2 ni bahagian sorok makanan dalam tandas pula. Nasi yg dijual khas kepada puak2 yak yak yea. Ttala habis sep dia hati ni. #geng #kelantan #bachok #nasi #ayamgoreng #tandas #jambe ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
The post Letak ‘Menu Ponteng Puasa’ Sebelah Jamban, Rumah Sarang Geng Plastik Hitam Diserbu Pejabat Agama appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/8m130Sl
via IFTTT
0 Response to "Letak ‘Menu Ponteng Puasa’ Sebelah Jamban, Rumah Sarang Geng Plastik Hitam Diserbu Pejabat Agama"
Post a Comment