“Rasa terduduk, gelap dunia” Hidup Seorang Mahasiswa Terus Berubah, Baru Tahu Hidap Kanser Tahap 3

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran, akan tetapi percayalah akan ada ‘pelangi’ di sebalik ujian yang diberikan kepada kita.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, hidup seorang pelajar telah berubah setelah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3 pada awal Januari yang lalu telah meruntun hati orang ramai.

Memetik laporan MStar, Abang Muhamad Haziman Abg Ali, 22, dia meluahkan bahawa dia berasa seperti jatuh terduduk setelah mengetahui dirinya menghidap penyakit yang sangat serius namun dia reda atas segala ketentuanNya.

“Saya masih sihat pada November tahun lepas. Kemudiannya saya alami demam dan sakit dada pada bulan Disember. Ketika itu saya disahkan menghidap pneumonia.

“Doktor suspek saya ada kanser sebab x-tray nampak pelik. Saya berharap tiada, sebab usia pun masih muda. Tapi selepas jalankan biopsy dan CT Scan, saya dapat tahu kena kanser paru-paru pada awal Januari.

“Masa tu rasa terduduk, gelap dunia. Tak sangka sebab saya baru berumur 22 tahun, saya pun tak merokok. Rasa hancur hidup saya,” katanya.

Haziman yang merupakan seorang pelajar bidang perubatan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh itu menjelaskan bahawa dia sudah melengkapkan dua kitaran kemoterapi dan bakal meneruskan rawatan.

Difahamkan Haziman juga berkemungkinan untuk dibedah pada masa akan datang.

“Saya dah habis dua kitaran kemoterapi dan akan mulakan yang ketiga pada Selasa depan. Dah habis kemoterapi tu, dalam dua ke tiga hari saya memang tak larat… penat, sakit perut dan muntah-muntah. Tapi selepas tu saya okey dan jalani hidup seperti biasa.

“Saya juga tidaklah sentiasa terperap di rumah. Saya akan keluar, main badminton dan sebagainya. Doktor pun sarankan saya banyak keluar buat aktiviti agar tidak stres.

“Kes saya agak bahaya sebab terlalu dekat dengan jantung. Saya dah stage tiga. Buat masa sekarang, kena tengok dulu kemoterapi saya.

“Selepas kemoterapi kali ketiga, doktor akan putuskan untuk bedah atau macam mana. Setakat ini belum pernah jalani pembedahan, sebab terlalu dekat dengan jantung,” ujarnya lagi.

Terang Haziman, dia berasa cukup terkesan apabila rutin hariannya sebagai mahasiswa tahun ketiga terus berubah sepenuhnya.

Walaupun duka menyelubungi dirinya, dia tetap tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupannya dan meneruskan perjuangan untuk bergelar doktor.

“Saya memang terus cuti selepas dapat tahu ada kanser. Doktor sarankan saya untuk cuti dulu. Sejujurnya rindu kampus. Paling rindu nak pergi kelas sama-sama dengan kawan.

“Dah dua bulan saya cuti. Kat kampus ada kawan-kawan, duduk rumah sendirian. Saya memang berharap nak sembuh, nak habiskan apa yang saya dah mula, nak kerja dan jumpa kawan-kawan.

“Saya bercita-cita nak jadi doktor. Selepas tengok sendiri ramai orang yang kena kanser, saya terinspirasi nak jadi pakar kanser, untuk bantu orang lain.

“Untuk Ramadan dan raya kali ni, saya tidak teruja seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau ikutkan, masa raya tu mungkin ada kemoterapi lagi,” luahnya.

Video mengenai perjalanannya dalam menghadapi kanser telah meraih perhatian ramai di laman TikTok.

Demikian kata Haziman, dia berasa terharu masih ada insan yang sudi mendoakan dan memberikan semangat buatnya agar lebih tabah menghadapi ujian yang diberikan.

“Saya kongsi di TikTok untuk simpan sebagai kenangan saja. Saya terharu ada orang yang doakan, saya rasa seolah-olah ada harapan.

“Dalam ramai-ramai yang doakan kita, mungkin akan ada yang makbul. Selain itu, saya juga nak create awareness yang tak semestinya orang muda tak boleh sakit,” katanya lagi.

Video TikTok yang tular: KLIK SINI

The post “Rasa terduduk, gelap dunia” Hidup Seorang Mahasiswa Terus Berubah, Baru Tahu Hidap Kanser Tahap 3 appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/VwUy6Jx
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Rasa terduduk, gelap dunia” Hidup Seorang Mahasiswa Terus Berubah, Baru Tahu Hidap Kanser Tahap 3"

Post a Comment