“Puasa pun belum” Gelagat Mak Semangat Nak Raya Cat Rumah Buat Netizen Boleh Relate

Tipikal mak-mak, belum pun puasa dan masih jauh lagi perjalanan nak ke hari raya, dialah satu-satunya insan yang terpaling busy dan semangat mengemas rumah!

Iospital phone repair gombak

Antara salah satu alasannya, kalau dah buat persiapan awal, nanti senang dah boleh rehat.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, @aidarahayurahman yang sempat merakam kegigihan ibunya mengecat rumah untuk persiapan hari raya Aidilfitri.

Menurut wanita itu, sebelum ibunya mengecat dinding di ruang tamu rumah, ibunya sudah terlebih dahulu memasang kain langsir.

Apa yang mencuri perhatian ramai, si ibu yang mengenakan kaftan biru dan tudung berona coklat mengecat seorang diri tanpa bantuan sesiapa!

Biasanya ibu-ibu akan mengerah anak-anak untuk menolong tetapi tidak untuk ibu wanita ini, menunjukkan betapa terujanya si ibu.

Bagaimanapun, dalam rakaman seterusnya, wanita ini membantu ibunya menyapu sampah di ruang tamu, sedikit sebanyak mengurangkan kerja ibunya.

Rakaman yang tular berkenaan kini berjaya mengumpul jumlah tontonan sehingga 188.4 ribu serta mengutip 12.1 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen boleh relate dengan situasi berkenaan kerana rupanya ibu mereka juga sama gemar membuat persiapan awal walaupun hari raya masih jauh lagi.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“mcm mak sya, bab cat rumah serah kat dia, kdg mulut dia time nk raya ja “mak xlrt,apapn xmau bt” bagun2 tgok smua siap, masak mcm2, rumh cat semua😂

“mak Kira sepesen😂😂..X dok diam Ada je yg NK dibuatnya..”

“hahaha tgk makcik ni auto tegelak sbb mcm tgk diri sndri..mlm td baru lps cat umah..klau xjadi raya makcik ngn sy senasib..kite depress sama2..🤣🤣

“Semangat diaa 😂 x sbr tgok anak2 balik berkumpul 🥰

“mak sy dia kerah semua anak2 dia .. layan jerla…Asalkan mak happy🥰

Video yang tular di laman TikTok

@aidarahayurahman Boleh fyp tak mak aku nie..malam malam pas pasang langsir dia mengecat pulokkkkk….#fypシ #fyp #fypdongggggggg #DuetDenganIkhlas ♬ original sound – shazikTV

@aidarahayurahman #fypシ #fyp #fypage ♬ Selamat Hari Raya – Fazidah Joned

The post “Puasa pun belum” Gelagat Mak Semangat Nak Raya Cat Rumah Buat Netizen Boleh Relate appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/UPkfFVp
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Puasa pun belum” Gelagat Mak Semangat Nak Raya Cat Rumah Buat Netizen Boleh Relate"

Post a Comment