“Mesti rindu anak dia” Mamak Dukung Anak Pelanggan Keliling Kedai, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Seperti kita sedia maklum, ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke kedai makan semestinya harus mengawal anak-anak mereka.

Iospital phone repair gombak

Kadangkala ada yang teriak menangis, ada yang berlari sana sini, sehinggakan ibu bapa sukar untuk menjamah makanan yang telah dipesan oleh mereka.

Namun lain pula dengan kisah ini di mana anak kecilnya itu didukung dan dilayan oleh pelayan-pelayan di kedai mamak yang dikunjunginya telah membuatkan orang ramai tersentuh hati melihatnya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eijaaazmi di laman TikTok itu, dapat dilihat pelayan mamak itu sedang asyik menjaga anak kecil wanita itu.

Sambil-sambil menjamu selera, wanita yang merupakan ibu anak kecil itu turut berasa lega kerana boleh makan dengan bertenang dan tidak perlu bergilir-gilir.

“Mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai 🙃” tulisnya di ruangan kapsyen video yang tular berkenaan.

Dapat dilihat, pelayan mamak itu berasa gembira melayani anak kecil itu sambil mendukungnya jalan-jalan di kawasan kedai tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah mencecah sebanyak 266.5K tontonan, 22.5K tanda suka, dan 151 komen di laman platform sosial berkenaan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa terharu kerana memikirkan mungkin pelayan itu berasa rindu pada anaknya yang berada di kampung asal mereka.

Ada juga warganet yang berseloroh mengatakan bahawa anak kecil itu tidak tumpah seperti karakter animasi popular ‘Alisya’ dalam cerita ‘Ejen Ali’ kerana dijaga oleh mamak.

Antara komen netizen:

“dulu masa ank kecik cm tu juga..akak ok je..abg mamak nk sngt dukung angah akak bagi je.katanye rindu bby girl dia kat bngladesh…hampir sebaya”

“dorang rindu anak2 dorg kt kmpg.. tu nmpak anak2 kecik dorg suke lyan lg lak bdak2 tu x nngis lg dorg hepy.. trubat rindu dorg skit kt anak yg jauh tu”

“Alisya in Real Life”

Video TikTok yang tular:

@eijaaaazmi

Mamak pun boleh, senang mummy nak makan roti canai🙃

♬ Mamak Rap – Jiven Sekar

The post “Mesti rindu anak dia” Mamak Dukung Anak Pelanggan Keliling Kedai, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh Hati appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/AJyMuV1
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Mesti rindu anak dia” Mamak Dukung Anak Pelanggan Keliling Kedai, Perkongsian Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh Hati"

Post a Comment