Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti yang disukai ramai ini? Hairul Azreen dan Hanis Zalika serta kedua anak mereka Yusuf Iskandar, Alisa Aisyah sering menjadi topik perbualan netizen di platform media sosial.
Manakan tidak, perkongsian percutian mereka yang sangat mewah di beberapa buah negara antaranya Maldives, London dan Australia, termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan ini sentiasa mencuri perhatian.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah memuat naik perkongsian percutian mereka sekeluarga ke New Zealand dengan menaiki helikopter sebelum mendarat di sebuah kawasan pergunungan bersalji. Susulan perkongsian tersebut, ramai warganet yang tertanya-tanya kemewahan yang dimiliki pelakon berkenaan.
Memetik sumber, Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen bin Idris tampil menjelaskan bahwa percutian selama 10 hari itu merupakan hadiah untuk keluarganya setelah penat mencari rezeki.
“Saya sibuk bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga bercuti. Itu saja tujuan hidup saya sekarang. Jadi saya cari duit dan kemudiannya gembirakan keluarga saya. Sebenarnya sebelum itu saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang, lalu kami putuskan untuk ke sana” katanya
Dalam pada masa yang sama, pelakon ini mengatakan sejak dulu lagi dia akan meluangkan hari cuti dengan perkara yang menggembirakan dirinya walaupun tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan mahu melakukan perkara yang sama bersama keluarga,
“Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip begitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun. Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita, contohnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak beli sesuatu dan saya pernah merasai hidup sebegitu…”
“Jadi saya hanya pergi mandi air terjun, sebab tak memerlukan perbelanjaan yang tinggi…sebab nanti kita akan tertekan, kita kerja kuat untuk apa? Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga,” ujarnya.
Pun begitu, Hairul juga mendedahkan dia mempunyai pekerjaan yang lain namun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana mahu membiarkan orang ramai mengenali dirinya hanya sebagai seorang pelakon.
“Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja. Saya juga ada melakukan kerja lain, tapi tak perlulah saya bercerita. Seperti hari ini saya hadir ke Manic Studio sebagai duta untuk studio ini dan pada masa sama mengajak orang ramai untuk bersukan,” katanya.
The post “Itu saja tujuan hidup saya” Percutian Mewah Jadi Persoalan, Hairul Azreen Tampil Beri Respons appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/D8FtlGA
via IFTTT
0 Response to "“Itu saja tujuan hidup saya” Percutian Mewah Jadi Persoalan, Hairul Azreen Tampil Beri Respons"
Post a Comment