Siapa tidak kenal dengam Azfar Heri atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam yang juga merupakan seorang influencer terkenal dan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial.
Manakan tidak, gelagatnya yang ‘masuk air’ dan lucu itu sememangnya membuatkan ramai terhibur!
Seperti yang kita tahu, apabila menaiki penerbangan Malaysia Airlines, penumpang akan diberikan ‘Salted peanut’ dan jus oren secara percuma malah makanan ringan tersebut juga memiliki peminatnya yang tersendiri dek kerana keenakkan rasa kacangnya itu.
Pun begitu, baru-baru ini Azfar Heri menjadi bualan ramai apabila dikatakan bangga menayang satu bungkus plastik yang dipenuhi pek kacang Malaysia Airlines mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Azfar memaklumkan dirinya terkejut melihat satu bag plastik yang dipenuhi makanan ringan tersebut apabila terjaga daripada tidur.
“Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus”
Bila ditanya pada pramugari, rupa-rupanya makanan tersebut memang disediakan untuk dirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dan mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman masing-masing menaiki Malaysia Airlines dan ada yang memaklumkan mereka juga pernah diberi pek kacang tambahan.
Antara komen warga maya:
Eee mentang2 lah influencer dia bg sebakol.. org lain seketui.. pilih kasih.. iye la jeles..
— mamibear (@ieobei) August 29, 2022
Sedapnyaaa kacang mas..dulu pernah jgk dapat kacang lebih , abg pramugara kasi kita ambik je la
— EM (@eylahmustafa) August 29, 2022
MAS mmg mcm ni depa akan bg kalau ada extra. Rezeki azfarr.
— K.I.R.A.N.A (@sayangkirana2) August 30, 2022
Jeles, hang artis boleh lah dapat banyak
— adek bunga (@aimiasam19) August 30, 2022
sedihnye kpd org lain yg suke pd kacang tp x dpt byk mcm ni
— Mr.G & khalilah (@kojiugly) August 30, 2022
Bila kau rich and famous semua org lain baik.
— Medula Oblogata (@MeyAzlaff) August 30, 2022
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Tadi dalam flight time otw balik MY, kita nya tidur la, lepas tu bangun bangun tetiba ada kacang banyak depan mata, terkejut la kita lalu tanya la pramugari itu, rupanya dia kasi, amikkau satu bag yee. Thank you pramugari MAS yang cantik, love youuu and kacang and air jus pic.twitter.com/M0zuacQ0EG
— Azfar Heri (@Azfarheri) August 29, 2022
The post Bangga Tayang Dapat Satu Beg ‘Salted Peanuts’, Perkongsian Azfar Heri Udang Pertikaian Warganet appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/yi9uSga
via IFTTT
0 Response to "Bangga Tayang Dapat Satu Beg ‘Salted Peanuts’, Perkongsian Azfar Heri Udang Pertikaian Warganet"
Post a Comment