Sebagai ibu bapa, pastinya kita mengawasi setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak-anak agar mereka tidak bercakap perkataan yang tidak sepatutnya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan yang sedang mengaji memarahi ibunya kerana menyangka ibunya itu menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @SalwanisIberahim, difahamkan anak saudaranya itu sedang tekun membaca iqra’ bagi mengenali huruf.
Pun begitu, budak perempuan tersebut kelihatan sangat marah apabila ibunya meminta dia untuk membaca perkataan ‘ba bi bu’ kerana risau jika mencarut.
Tidak cukup dengan itu, ‘kes’ tersebut dibawa pada hari kemudiannya dan dia masih mengungkit mengapa ibunya menyebut perkataan itu sewaktu sesi membaca iqra’ kerana baginya ianya tidak wajar mengajarnya mencarut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat comel budak perempuan ini yang sangat risau jika dirinya menggunakan perkataan yang kesat.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga bangga dengan didikan ibu bapa kerana mengajarnya agar tidak menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya sehingga dipatrikkan di dalam kehidupan seharian.
Antara komen warga maya:
“maknanya dia diajar dengan baik oleh orang sekeliling supaya jangan sebut benda bukan2”
“wehhh garangnyaaa, terjegil mata dia marah ibu dia cakap bab*”
“adoii sebiji macam anak dara saya kita ajar dia, dia cakap tak baik mommy cakap tu”
“adoi la dik.. lawak hang ni.. ajar mak dia pulak”
“berperang dulu sebelum nak habis ngaji”
Video yang tular di laman TikTok:
@mommyjebat @nkhayla x baik la ibuuu #fyp #foryoupage ♬ original sound – Salwanis Iberahim
@mommyjebat sambungan #fyp #foryoupage @nkhayla ♬ original sound – Salwanis Iberahim
The post “Tak baik cakap babi” Sangka Ibu Mencarut, Aksi Comel Anak Sekolahkan Siap Mengungkit Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/dxqHG6D
via IFTTT
0 Response to "“Tak baik cakap babi” Sangka Ibu Mencarut, Aksi Comel Anak Sekolahkan Siap Mengungkit Buat Netizen Terhibur"
Post a Comment