Menjaga dan membesarkan anak ketika sedang bekerja bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu bapa.
Malah ada terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah pada awal pagi untuk tuntutan bekerja demi menyara anak-anak.
Sehinggakan pada waktu petang baru bersua muka kembali dengan anak-anak tersayang. Masa yang ada untuk anak-anak kecil ini terlalu singkat.
Persis seperti kisah yang dikongsikan oleh @cbuklaawkni76 di Tiktok di mana video rakaman CCTV yang dimuat naiknya memaparkan seorang pengawal keselamatan membawa bersama anak perempuannya ke tempat kerja.
Video berdurasi seminit satu saat itu berbaur sebak apabila melihat kegigihan seorang bapa yang menggalas dua tanggungjawab dalam satu masa.
Walaupun baru seminggu bekerja, pemilik video ini yang juga majikan kepada pengawal keselamatan itu akui, dia menyanjungi sifat tanggungjawab pekerjanya itu.
Malah, dia sempat memuji kecomelan anak kecil pekerjanya itu yang tidak banyak kerenah dan baik ketika diselimutkan dengan vest pengawal keselamatan oleh bapanya.
Kini, video yang meraih tumpuan ramai itu berjaya mengumpul tontonan sebanyak 851.5 ribu serta mendapat 72.3 ribu tanda suka!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji dan berterima kasih kepada si majikan kerana membenarkan pekerjanya membawa anak ke tempat kerja.
Selain itu, mereka berpendapat kini tidak ramai majikan yang faham dengan keadaan mahupun masalah yang didahapi oleh pekerja mereka.
Dalam pada masa yang sama, netizen sebak melihat anak beranak itu kerana sesetengah daripada mereka pernah mengalami situasi yang sama.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Aku respect juga boss dia.. Susah jumpa boss yang benarkan bawak anak sekali masa berkerja. Terima kasih juga untuk boss dia. ”
“Sy pernah rs..ms sy sklh rendah,mak ayah kerja.Adik umur 4 thn xde org jaga.Sy bwk adik g sklh agama.Sorok adik bwh meja..”
“Bang.. Aku nak sedekah dkt dieorg bang.. Aku prnah ssah.Time aku senang ni aku nk tolong orang bang.. Tq jgk bang dkt kau. Bg bwak anak time keje”
“2x lalu fyp saya 2x menitis air mata . sbb saya pun penah susah . semoga dipermudahkan segala urusan abg sekeluarga”
“Di hari jumaat ini aku menjadi saksi seorang bos yang berhati budi , mudahkanlah urusannya Ya Allah ”
“anak dia pun baik sgt.. kena selimut tidur diam2.. tak banyak kerenah..”
“Anak.. Jika esok kamu sudah dewasa.. Sentiasa ingt pada keluargamu ya…”
“Dulu sy pon mcm ni, bawak ank g keje,bos cina baik sgt,siap sediakan tempat tidur ank kat blkng,siap belikan mknan lg..yg alami je paham ”
Video yang tular di laman TikTok
@cbuklaawkni76 Asalamualaikum… #fypシ ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
The post Benarkan Pengawal Keselematan Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Majikan Terima Pujian appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/A3tc6Qh
via IFTTT
0 Response to "Benarkan Pengawal Keselematan Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Majikan Terima Pujian"
Post a Comment