Di Malaysia, isu pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang di plaza tol sangat lah famous. Hal ini kerana mereka pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini enggan membayar tol sehinggakan ada kes dimana kereta belakang melanggar kereta hadapan, kereta belakang terhimpap dek palang dan banyak lagi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ini bangga membuat content dirinya tidak membayar tol mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak, selama ini kelakuan buruk tak bayar tol selalunya kita lihat di dashcam atau telefon pengguna jalan raya yang lain namun kalini ‘owner’ sendiri dedah perangai buruk dirinya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tapau_habis, dapat kita lihat lelaki ini ‘cucuk kereta depan’ untuk tidak membayar tol.
Captionnya yang bersahaja dan langsung tidak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan itu jelas mengundang kecaman warga maya.
Dia juga sempat berseloroh di ruangan komen dimana dia mengatakan dirinya sedang bersembunyi disebalik batu setelah ada netizen yang meminta pihak polis untuk mengambil tindakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri di atas jalan raya.
Antara komen warga maya:
Bekas adik ipar aku ni, perangai macam palat, pemalas kerja, hidup atas belas ehsan perempuan. Siang malam duk tabur benih kat perempuan lain. Parasit
— Abdul Yabang (@Ezani_Zakaria) June 13, 2022
Benci betul orang macam ni, guna kereta mahal2 tapi tol cucuk blakang sebab taknak bayar. Bukan setakat tak berguna, haram & tak berkat langsung.
— s (@syaaamyn) June 13, 2022
Ni kalau kena cekup confirm nanti buat statement "Netizen taktahu cerita betul, tapi buat fitnah. Nanti merangkak la cari aku dekat padang matsirat." Lepaih tu geng-geng kepam pun berduyun-duyun la sokong.
— Hardy Awunk (@facelesspectre) June 12, 2022
Harap2 kena lah saman dh tunjuk sifat2 tak berguna tuuu
— Aidan mdM (@UBuuMJ_FNK) June 12, 2022
Bawak evo pun takde duit nak bayar tol
— Stopa dok kena bare ni bea stopa xdok bare ni bea (@ijamtwt) June 13, 2022
Video yang tular di laman Twitter:
— Pedoq, what is this behavior? (@pedoqpop) June 12, 2022
The post Cucuk Kereta Depan, Lelaki Bangga Tayang Tak Bayar Tol Undang Kemarahan Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/iE5XFuU
via IFTTT
0 Response to "Cucuk Kereta Depan, Lelaki Bangga Tayang Tak Bayar Tol Undang Kemarahan Netizen"
Post a Comment