Dalam kehidupan seharian kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri malah memikirkan orang lain terutamanya jika berada di tempat awak ataupun di dalam kenderaan awam seperti bas, kapal terbang, kereta api, MRT, LRT dan banyak lagi.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita dilihat berbaring di kerusi dalam lrt mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @naeldaily, dapat kita lihat seorang wanita berbaju hitam selamba berbaring di dalam gerabak MRT sedangkan di dalam MRT tersebut masih ada yang perlu berdiri.
Tindakannya itu dianggap sebagai satu perbuatan yang tidak sopan memandangkan dia menaiki pengangkutan awam yang turut dinaiki pengguna yang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan wanita itu. Manakan tidak, dia seolah-olah tidak beradab baring di tempat yang tidak sepatutnya.
“mungkin dia penat.. takpela mrt pon tak ramai orang tu..” Netizen
Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir netizen yang lain mempertahankan wanita itu dengan mengatakan mungkin dia tidak sihat.
Antara komen warga maya:
“aritu pon kami jumpa spesis macam ni.. kita cakao dia buat tak tau je.. geram pula aku..”
“mungkin dia tak sihat.. kalau dia saja baring. mesti takde lebih kerusi hujung tu”
“dia sakit tu.. kadang2 pening.. tak kan saja2 nak baring situ buat apa..”
“ada lagi kosong kan.. yang dok pulun nak duduk kat tempat kawan tu baring pasaipa.. pikir positif…ada setengah orang tak sihat..”
Video yang tular di laman TikTok:
@naeldaily Reply to @aimanlisa.product Habibi habibi #mrtkualalumpur #immigration #middleeastern #randomthings #fypシ ♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan
The post “Mungkin Dia Tak Sihat” Aksi Wanita Selamba Baring Dalam MRT, Ini Reaksi Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/xutrIL3
via IFTTT
0 Response to "“Mungkin Dia Tak Sihat” Aksi Wanita Selamba Baring Dalam MRT, Ini Reaksi Netizen"
Post a Comment