Ibu ‘Pergi’ Selepas 5 Hari Suami Meninggal, Wanita Anak 5 Down Teruk Buat Netizen Sebak

Ibu adalah permata hati dan bidadari pada setiap anak bahkan suami juga merupakan teman hidup dan kekuatan pada seorang isteri.

Jika hilang kedua-duanya, terasa gelap hidup namun, sebagai hamba kita perlu kuat untuk menerima segala takdir yang sudah pun tertulis walaupun perit untuk ditelan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Maidzatul Nadia Mahadzir, 36, dia kehilangan suami akibat jangkitan C19 pada pada 13 Julai 2021, diikuti ibunya yang meninggal dunia lima hari kemudian atas sebab yang sama.

Memetik laporan mStar, dia mengakui berat untuk menerima apa yang berlaku, namun terpaksa kuat demi membesarkan lima cahaya mata berusia antara tiga hingga 11 tahun.

“Saya menetap satu rumah dengan mak ayah dari kecil sehinggalah dah kahwin dan ada lima orang anak. Nak dijadikan cerita, kami sekeluarga dijangkiti C19 tahun lepas. Mak dan ayah dihantar ke MAEPS di Serdang.”

“Suami pula tak nak tinggalkan saya dan lima anak di rumah. Dia nak tunggu kami, jadi dia bertahan dalam rumah. Tapi paras oksigen dia menurun. Last minute dia pergi hospital, dia ditidurkan selama tiga hari sebelum meninggal dunia.”

“Pada waktu itu, mak yang berada di MAEPS terpaksa dipindahkan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Paling sedih, mak meninggal dunia lima hari selepas suami saya dijemput Ilahi,” imbasnya sebak.

Jenazah suaminya, Zaili Zulkanin @ Mohd Isa serta ibunya, Paudziah Abd Hamid disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Wanita yang juga merupakan egawai bank ini bagaimana pun akui reda menjalani kehidupan bersama anak-anak serta bapanya, Mahadzir Md Noor, 64, biarpun ‘tragedi hitam’ tersebut masih bermain di fikiran.

“Saya dan suami belajar satu bidang, kami ambil diploma Perbankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat sejak tahun 2004. Kemudian kami sambung ijazah Perbankan Islam dan mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2010.”

“Zaman belajar kami satu kelas, kemudian kami kerja bank yang sama, cuma cawangan berbeza. Tapi keluar lunch tetap sama-sama. Jadi sepanjang masa kami bersama. Selepas suami dan emak meninggal, saya lapan bulan tak boleh masuk memasak di dapur.”

“Selama ini mak dan suami suka memasak. Jadi saya tak berani masuk dapur, teringat semua kenangan kami. Bukan setakat dapur, tengok sofa dalam rumah pun rasa tak boleh tahan sedih. Dalam bulan kesembilan selepas pemergian mereka, baru saya okay sikit.”

“Kalau diingat masa tu, saya memang down. Rasa macam nak mati sama. Mujur ayah kuatkan semangat. Dan saya bersyukur majikan beri cuti sebulan pada waktu itu. Hari-hari menangis. Si bongsu selalu tanya mengenai papa. Saya kata papa di syurga. Kemudian dia tanya lagi, syurga tu office papa yang kedua ke?”

“Mereka meninggal pada Julai, pada waktu itu rumah kami juga dalam PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Bulan Oktober selepas perdana menteri bagi kelonggaran, baru saya dapat ziarah kubur mak dan suami. Mereka dikebumikan selang lima slot kubur,” ujarnya lagi.

“Hidup sangat mencabar tanpa suami. Bangun pagi nak uruskan lima anak, hantar ke sekolah kemudian saya ke tempat kerja.”

“Setiap pagi saya menangis. Tapi bila nak masuk office, saya buang air mata dan kerja macam biasa. Bila dah balik ke rumah, sedih tu akan datang semula,” ujarnya lagi.

Nadia juga berasa terkilan apabila hajat suaminya yang ingin bercuti ke Pulau Perhentian di Terengganu tidak kesampaian.

“Kami sepatutnya pergi ke sana pada Mac 2020. Suami dah bayar semua deposit untuk kami sekeluarga. Tapi tiba-tiba PKP bermula.”

“Percutian itu tertunda sehinggalah mereka meninggal dunia. Akhirnya, kami pergi juga ke sana tapi tanpa suami dan emak.”

“Baru kelmarin kami balik dari Pulau Perhentian. Masa snorkeling pun teringat dekat arwah. Ibaratnya dalam air pun keluar air mata.”

“Nak tak nak tetap kena pergi sebab arwah dah bayar deposit, kami perlu pergi sebelum bulan Jun berakhir sebab tak nak duit burn begitu saja. Cuma agak ralat sebab mereka berdua tiada,” ujarnya lagi.

The post Ibu ‘Pergi’ Selepas 5 Hari Suami Meninggal, Wanita Anak 5 Down Teruk Buat Netizen Sebak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/156dXEf
via IFTTT
loading...

0 Response to "Ibu ‘Pergi’ Selepas 5 Hari Suami Meninggal, Wanita Anak 5 Down Teruk Buat Netizen Sebak"

Post a Comment