Anak yang masih kecil semangnya mempunyai fasanya yang tersendiri dimana dari merangkak ke berjalan, dari minum susu ke makan makanan yang ‘solid’ malah ada juga fasa dimana dia suka memegang banyak benda.
Sering kita dengar di media sosial, tangan yang paling laju adalah tangan bayi. Ada sahaja nak mencapai malah kena lebih perhatian pada mereka kerana gemar mengutip apa yang ada dilantai dan dimasukkan ke dalam mulut.
Baru-baru ini tular sebuah kisah dimana seorang ibu berkongsi pengalaman apabila anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam ward gara-gara hair tourniquet syndrome (HTS).
Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di Facebook Fatima Az Zahra, kelihatan sehelai rambut telah terlilit pada bahagian jari anaknya sehingga menjadikan jarinya bengkak dan membiru.
Apa yang lebih teruk adalah anaknya juga terpaksa menjalani prosedur memotong serta mengeluarkan helaian rambut atau benang yang sudah tertanam di dalam kulit jari anaknya.
“Anak saya sekarang warded sebab hair tourniquet. Besok dah nak potong kulit dan isi sikit untuk potong rambut or benang yang terikat ketat tu.. dah terbenam kat dalam kulit”
“Anak saya pula jenis cool je. Demam tak, menangis pun tak. Tiba-tiba jari dah macam ni.”
Fatima juga sempat berpesan kepada orang ramai agar sentiasa memeriksa tangan atau kaki anak jika mereka sedang berada di dalam fasa mahu pegang semua barangan.
“Bagi ibu-ibu yang rambut gugur, rajin-rajin lah tengok tangan anak tu. Takut terlambat dan jari mati.”
Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen juga terkejut melihat keadaan jari anaknya yang terlilit dengan ketat itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga hairan bagaimana ianya boleh berlaku sehingga masuk ke dalam kulit sekaligus mendoakan agar dia cepat pulih seperti sedia kala.
Antara komen warga maya:
“anak saya pernah kena.. baru 3 bulan lepas.. saya sedih kalau ingat balik sebab langsung tak perasan kan rambut terlilit jari dia.. time tu fasa rambut gugur teruk lepas bersalin”
“semoga dipermudahkan segala urusan”
The post “Dah Terbenam Dalam Kulit” Rambut Gugur Ibu Terbelit Pada Jari, Anak Kena Warded Kerana ‘Hair Tourniquet’ appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/GXYpig1
via IFTTT
0 Response to "“Dah Terbenam Dalam Kulit” Rambut Gugur Ibu Terbelit Pada Jari, Anak Kena Warded Kerana ‘Hair Tourniquet’"
Post a Comment