Kita semua tahu sebuah apartment terkenal di Genting Highlands, Pahang iaitu Amber Court memang terkenal dengan keseramannya.
Sudah ramai kita lihat para pengguna media sosial menceritakan sendiri pengalam seram mereka ketika berada di sana.
Selain daripada bangunan luarannya yang kelihat seram dan suram, ramai yang mendakwa terdengar dan terlihat makhluk ghaib.
Persoalannya, betul ke Amber Court ni berhantu? Atau pun hanya buah mulut orang ramai semata-mata?
Baru-baru ini, jawatankuasa Amber Court mengkritik tindakan individu yang gemar memomokkan apartment itu dengan kisah-kisah seram.
Selain itu, mereka turut membidas beberapa orang Youtuber yang membuat content makhluk ghaib atau hantu di Amber Court dengan mengenakan bunyi-bunyi palsu serta menggunakan pelakon agar bangunan itu terlihat lebih seram!
Pihak pengurusan juga mendedahkan pereka kandungan di Youtube ini selalunya menceroboh kerana masuk ke bangunan tersebut tanpa izin.
Selain menceroboh hanya semata-mata untuk melakukan penggambaran, mereka juga bijak memilih masa. Youtuber ini dikatakan masuk ke unit persendirian ketika bangunan dalam pengubahsuaian.
Menurut laporan oleh Oriental Daily, Agensi Pengurusan Pavilion Genting Caiyun berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pencipta kandungan yang menyebarkan maklumat palsu sehingga memberi impak ekonomi dan kemorosotan nilai hartanah bangunan tersebut.
“Kami memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba terus memfitnah dan merosakkan pangsapuri. Selain menghubungi polis, pemilik juga akan memulakan prosiding undang-undang terhadap semua mereka yang cuba merosakkan reputasi dan imej paspuri, termasuk selebriti internet, YouTuber, ahli Feng Shui, Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dan lain-lain,” kata pengerusi Datuk Seri KK Chai.
Sementara itu, pihak pengurusan juga bercadang untuk menamakan semula bangunan tersebut melalui pengubahsuaian besar-besaran bagi meningkatkan imejnya dan memberi nafas baru kepada bangunan itu.
“Dengan sokongan pemilik pangsapuri, pihak pengurusan telah menaik taraf sistem keselamatan pangsapuri, menambah CCTV, menambah bilangan pengawal keselamatan dan memulakan pengubahsuaian besar bagi menghidupkan semula pangsapuri tersebut dengan wajah baharu.”
The post “Amber Court Tidak Berhantu” Jawatankuasa Amber Court Mahu Ambil Tindakan Kepada Youtuber Yang Suka Buat Content Seram appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/TN9MH5V
via IFTTT
0 Response to "“Amber Court Tidak Berhantu” Jawatankuasa Amber Court Mahu Ambil Tindakan Kepada Youtuber Yang Suka Buat Content Seram"
Post a Comment