Seperti yang kita tahu, hak orang Asli di negara ini sering dieksploitasi dari segi hasil tanah. Ramai pemaju datang ‘menceroboh’ dengan alasan untuk memajukan.
Namun pada hakikatnya mereka datang merampas tanpa membayar pampasan mahupun memberi penempatan baru secara tidak langsung menjejaskan mata pencarian orang Asli.
Jumaat lepas, tular di Twitter di mana seorang wanita berbangsa orang Asli berang apabila seorang peneroka bergelar ‘Datuk’ datang ke tempat mereka.
Menurut video TikTok yang dimuat naik ke Twitter oleh @abcdan93rous, wanita itu bersemuka dengan Datuk yang membawa beberapa orang lagi lelaki yang dipercayai pembantunya.
Wanita itu juga berani dan lantang bersuara tentang keengganannya memberi izin kepada pihak tersebut untuk menjalankan tugas tertentu berkaitan tanah di kawasan kampung itu.
“Saya tak takut sebab saya tak pergi kacau orang bandar. Tak pergi kacau Datuk. Datuk yang kacau orang asli. Tak cukup makan ke lagi Datuk kat bandar?
“Kita sebagai manusia, prihatin la sikit. Saya faham awak orang kerja. Datuk tu memang melampau saya cakap. Kita orang kalau buang kat sini, jangan cakap 1,000 ekar dia nak ambil, orang kampung, ni nak pergi mana?”
Dikatakan, pihak yang ditugaskan menjalankan kerja-kerja di situ tidak memberi notis awal seperti yang dijanjikan kepada penduduk orang Asli di kampung itu.
Beberapa orang asli yang lain turut dilihat berada di sekeliling wanita tersebut, terdiam melihat wanita berang itu memarahi individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong tindakan wanita tersebut atas sikap rakus pihak tersebut.
Malah, netizen menyokong wanita yang mempertahankan hasil bumi yang ada di kawasan mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter
Rich people never kenyang. https://t.co/2GSRzH7RYX
— Xenoluca4k (@soundof808) June 25, 2022
I stand with this kakak! She spoke fact 100%. https://t.co/ifGfq3fVpS
— 나나 (@ever_wander97) June 24, 2022
Benda ni paling susah nak banteras ya. Sembanglah nak bela orang Asli macam mana pun. Hakikatnya keparat tamak rampas tanah orang ni memang susah dikalahkan. Bukan kaleng² kuasa boleh stop dorang. https://t.co/9pwTzUFukX
— Muhammad Sidqi (@SidqiJR) June 24, 2022
Ciapan yang tular di laman Twitter
“Saya tak takut. Sbb saya tak kacau orang bandar. Datuk yang kacau Orang Asli.”
“..tak cukup makan ke Datuk kat bandar tu?”
mcm gini akak tu sound kuli Datuk. pic.twitter.com/WSrpUs8qXX
— jimjim (@abcdan93rous) June 24, 2022
The post ‘Datuk’ Digelar Tak Cukup Makan Oleh Wanita Asli Gara-Gara Teroka Kampung Tanpa Notis appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/MZjVLHe
via IFTTT
0 Response to "‘Datuk’ Digelar Tak Cukup Makan Oleh Wanita Asli Gara-Gara Teroka Kampung Tanpa Notis"
Post a Comment