Kita sering diingatkan agar befikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi jika ianya merupakan keputusan yang besar seperti penceraian.
Pun begitu, ada juga yang hanya ikutkan hati untuk bercerai dan akhirnya menyesal dikemudian hari.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook mendedahkan tentang bekas suaminya yang ‘gila talak’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia telah diceraikan bekas suami ketika sedang hamil anak kedua mereka gara-gara lelaki itu ingin mengahwini wanita lain yang merupakan skandalnya.
Dapat kita lihat, suaminya itu melakukan pelbagai aksi pelik untuk mengganggu dirinya dan anak-anak malah sehinggakan mengganggu ketenteraman jiran tetangga.
Difahamkan, lelaki tersebut kembali tertarik kepada jandanya itu yang kelihatan semakin cantik, langsing, dan lemah-lembut ketika dia melawat anak-anaknya di rumah bekas isteri.
“Walaupun sudah ada bini baru muda, lelaki melayu itu tetap nampak jandanya lagi cantik.”
Dek kerana itu, lelaki tersebut tidak dapat ‘move on’ dan bertindak untuk menarik perhatian bekas isterinya semula sehingga wanita ini terpaksa melarang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak atas faktor keselamatan.
“Antara gangguan bekas suami sejak 2 tahun lepas adalah mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, menjerit-jerit untuk mengaibkan kami sekeluarga.”
Tidak cukup dengan itu, dia juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap semua gangguan bekas suami namun tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak polis sehingga kini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap bekas suami yang tidak berperikemanusiaan melafazkan cerai ketika isteri sedang hamil zuriatnya yang kedua.
Malah netizen juga geram lelaki tersebut ‘menyesal’ dan ingin rujuk semula bukan kerana perbuatannya yang kejam malah kerana bekas isteri kembali cantik.
Perkongsian yang tular di laman Facebok:
The post “Gila talak” Tak Boleh ‘Move On’ Bekas Isteri Makin Lawa, Lelaki Siap Panjat Pagar Rumah Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/SY72VOM
via IFTTT
0 Response to "“Gila talak” Tak Boleh ‘Move On’ Bekas Isteri Makin Lawa, Lelaki Siap Panjat Pagar Rumah Buat Netizen Berang"
Post a Comment