“Boleh trauma budak tu” Pemuda Takutkan Kanak-Kanan Dengan Kucing Dikecam Netizen

Mesti antara kita ni ada yang takut kucing kan? Kadang tu ada yang muka nampak garang, badan nampak sasa, tapi sekali bila nampak haiwan comel ni lalu, terus tak tentu arah.

Ada juga yang sampai melompat kerana terlalu takut dengan kucing.

Seperti video yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda bertindak mengacah kanak-kanak lelaki itu dengan seekor kucing sambil ditertawakan orang sekeliling.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @acong44 di laman TikTok, kelihatan kanak-kanak itu menjerit dan menangis teresak-esak akibat terlalu takut.

Video tersebut bagaimana pun mendapat perhatian daripada Pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff malah dia terpanggil untuk respon video tersebut.

Baginya, erkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan kerana ia boleh memberikan impak jangka masa panjang buat kanak-kanak itu yang boleh menyebabkannya mengalami trauma berpanjangan.

“Jika kita lihat video itu, mungkin ada orang akan berasa comel apabila kanak-kanak itu berasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tetapi, perkara itu salah dan tidak sepatutnya berlaku kerana berupaya mengundang trauma psikologi.”

“Setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mangsa akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling.” Ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang menggunakan ketakutan orang lain sebagai bahan lawak.

“Tidak kelakar pun, fobia budak itu nanti. Kita ada anak sepupu takut kucing, sampai sekarang tidak boleh tengok kucing walaupun kucing itu tidak buat apa-apa,”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar tiada lagi isu sebegini bahkan menghormati trauma orang lain.

Antara komen warga maya:

“tolong la faham perasaan takut  kitorang.. boleh nangis wehh”

“silap hari bulan, nazak kitorang dok jerit kat situ suruh jangan”

“having fobia for kucing as a real thing, instead if a joke”

“takut kucing ni bukan tkut yang main2, boleh bawa ke tido malam mimpi”

Video yang tular:

@acong44🤣🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – cintaHati❤

The post “Boleh trauma budak tu” Pemuda Takutkan Kanak-Kanan Dengan Kucing Dikecam Netizen appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/uLa3rVm
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Boleh trauma budak tu” Pemuda Takutkan Kanak-Kanan Dengan Kucing Dikecam Netizen"

Post a Comment