Isu kenaikan harga barang terus menjadi bualan orang ramai termasuklah harga seekor ayam segar yang dikatakan mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) mulai Julai, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.
Pun begitu, ada juga segelintir rakyat yang dikatakan memborong ayam dalam jumlah yang banyak sekaligus membebankan orang lain.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman Twitter di mana seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menyaksikan sendiri seorang pelanggan memborong sehingga lebih 40 ekor ayam.
“Bagus kak, pertahankan hak B40. At least dia dah complaint tapi management pasar raya tak layan lepas tu baru dia viralkan,” tulis pengendali akaun tersebut.
Memetik laporan mStar, wanita tersebut berkata dia kesal apabila kunjungannya pada awal pagi di pasar raya berkenaan untuk membeli ayam hampa kerana semua habis diborong tanpa kawalan.
“Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun, Semua ayam ‘disapu’ oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam,” katanya dalam video tersebut.
Dia mendkawa mungkin lelaki yang tidak bertimbang rasa itu memiliki restoran atau kedai runcit sendiri untuk menjual semula ayam dengan harga lebih mahal.
Bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku, wanita ini bagaimana pun membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya.
“Kenapa buat macam ni (tidak kawal jumlah pembelian)? Nanti orang lain datang nak beli ayam macam mana?” soalnya kepada kakitangan pasar raya berkenaan.
Kedengaran salah seorang kakitangan tersebut menjawab: “Nanti mereka tahan di kaunter”.
Jawapan itu ternyata terus mengundang kemarahan wanita tersebut.
“Dekat kaunter pun mereka tak tahan! Dia dah bayar pun, lepas tu dia dah pergi,” katanya dengan penuh rasa marah dan kecewa.
Meinjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga berang melihat perkara tersebut apatah lagi melihat lelaki tersebut memborong ayam dengan kuantiti yang banyak tanpa rasa bersalah.
Antara komen warga maya:
Harap Supermarket jangan biar orang kurang ajar & SELFISH macam ini beli suka suka.Lebih sesuai sa- orang boleh beli maxima 2 atau 3 ayam saja.
— Bien Kee (@ybbluesky) June 28, 2022
Lotus pun mesti nak jaga poket dia ..jenis pentingakn diri ..kwn sya g lotus lepas pun sama tk dpt beli ayam juga…patutnya kena limit setiap pelanggan hanya boleh beli seekor atau 2 ekor ayam saja sorang..klu smpi sapu semua ..org lain mcmana nak beli..
— Prince Yoshiro (@PrinceRayDauz) June 28, 2022
Omg yg ni betol!!! Kalau lotus sni kan selalu sgt org beli ayam penuh trolley. Lepas tu sampai kt kami terkulat2 ayam dah takda. Kalau boleh limit kan beli minyak, kenapa ayam pn tak limit kan? Ayam dkt lotus murah compared dkt pasar. B40 mmg selalu beli di pasaraya sbb lg murah!
— Meea (@meeayusri) June 29, 2022
betul akak ni..
pihak pengurusan tlg had 1org limit 2@3 ekor.
org lain nk juga rasa ayam murah.
kesian kpd pelangan lain yg balik kerja singgah nk cari brg basah nk masak utk family.
jgn pikir untung shj.
yg tokey² restoran.mtk tlg la cari diladang klu nk borong.kesian org lain— HusbandNakal (@HusbandNakal) June 28, 2022
Video yang tular:
Bagus kak, pertahankan hak B40. at least dia dah komplen tapi management lotus tak layan lepastu baru dia viralkan. pic.twitter.com/Og0UwFFQFr
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 28, 2022
The post Pasaraya Jual Ayam Tanpa Kawalan, Aksi Lelaki Borong Ayam Penuh Troli Buat Netizen Berang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/z6gb7GT
via IFTTT
0 Response to "Pasaraya Jual Ayam Tanpa Kawalan, Aksi Lelaki Borong Ayam Penuh Troli Buat Netizen Berang"
Post a Comment