Jumpa Remote Control TV Dalam Beg, Lelaki Ini Tergamam Mengenangkan Nasib Isteri Di Rumah

Anak sememangnya menjadi penghibur tatkala suka dan duka namun menjaga anak yang masih kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Ada sahaja benda diluar jangkaan yang hendak dilakukan. Jadi, sebagai ibu bapa kita harus lebih ‘alert’ dengan ragam anak-anak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki terbawa remote control TV semasa kerja di luar mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @anak_babah_, kelihatan seorang lelaki berada di dalam bas untuk ke satu destinasi yang tidak diketahui lokasinya.

Pun begitu, apa yang terkejut adalah dia menjumpai 2 remote control TV sewaktu membuka begnya.

Perkara itu membuatkan dia terkejut sekaligus mengenangkan bagaimana nasib isterinya di rumah yang sudah tentu ‘pening’ mencari remote control TV.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi nakal anaknya yang selamba meletakkan remote control Tv di dalam bag ayahnya.

“Ni mesti terbalik satu rumah sebab nak cari remote” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berkongsikan pengalaman masing-masing dimana anak meletakkan sesuatu barang di tempat yang tidak sepatutnya.

Netizen juga sempat memberikan idea-idea lucu pada lelaki tersebut bagi mengelakkan dirinya dimarahi.

Antara komen warga maya:

“jangan pelik kunci pagar balik nanti dah tukar”

“salah tu babah, apelanasib babah bila sampai rumah nanti”

“aku pernah bawa remote astro.. bini aku bebel dari awal aku kerja sampai balik.. 8 jam tak tenang aku..”

“cuba call bang, wife abang dah order tv baru rasanya tu..”

“dengar ni bang, kalau nak selamat jangan balik rumah”

“skript isteri bila balik rumah ‘ni semua salah awak yang awak letak remote dalam bag kenapa'”

Video yang tular di laman TikTok:

@anak_babah_ Semoga yang baik-baik saja😭 #fyp #tiara #trending#fypviral #anakbabah ♬ suara asli – rafaaldiansyah

@anak_babah_ Reply to @habibhana227 Menghantui betul remote ni harini..Terlalu panjang waktu bekerja rasa harini..Permudahkanlah segala urusanku harini Ya Allah.. #fyp #viral#anakbabah#fypviral #trending ♬ Hal Hebat – Raffa Affar

The post Jumpa Remote Control TV Dalam Beg, Lelaki Ini Tergamam Mengenangkan Nasib Isteri Di Rumah appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/XhuFCme
via IFTTT
loading...

0 Response to "Jumpa Remote Control TV Dalam Beg, Lelaki Ini Tergamam Mengenangkan Nasib Isteri Di Rumah"

Post a Comment