Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah.
Tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka dan mampu melihat ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar malah cenderung terkena gangguan makhkuk halus.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok berkongsi pengalamannya platform TikTok @zulaikha.dsi memaparkan anak perempuannya menangis meronta saat diazankan dan dibaca ayatul kursi mencuri perhatian ramai.
Terpaksa call ustaz
“Fellora menangi tapi tak keluar air mata, mula diamkan dulu ingat menangis biasa tapi bila tengok macam lain macam terus baca ayatul kursi lepastu azan makin meronta”
“Call ustaz then bila ustaz baca makin meronta. Semua tak sampai hati tengok Fellora macam tu. Ada setengah jam dia nangis. Fellora meronta sampai daddy dan tokma pegang pun tak kuat” ujar wanita ini
“semua dah pasrah macam tak ada harapan nak dia berhenti menangis dengan keadaan dia pejam mata. Terpaksa call ustaz malam-malam pergi jumpa”
Mata tengok keatas
“Selesai je kami nampak mata dia macam pelik tengok keatas then baru tersedar and diam. Syukur sangat dia terus diam”
“Lepas ustaz siap je baca ayat2 suci Al-Quran terus diam, lepas tu dia minum air terus tidur dekat pelukan daddy. Lama kut dia nangis macam tu..dengan keadaan dia yang batuk.. Tapisepanjang dia nangis meronta batuk langsung tak dengar..”
Tak friendly macam selalu
“Asalnya die demam tapi kami agk ada something kat die ni sebab mostly die kalau sakit sekejab je, then bila die kita ckp tak response n tak friendly mcm selalu haa adalah tu… lgi pun die mudah nak kene bende halus dari baby.. tapi kali ni paling teruk.” ujar wanita ini di ruangan kapsyen
Video yang tular di laman TikTok:
@zulaikha.dsiYa allah, kite org semua tak tahu dah nak buat apa tgk keadaan fellora mcm tu.. menangia mata terpejam kita suruh buka mata pun die tak nak. Asalnya die demam tapi kami agk ada something kat die ni sebab mostly die kalau sakit sekejab je, then bila die kita ckp tak response n tak friendly mcm selalu haa adalah tu… lgi pun die mudah nak kene bende halus dari baby.. tapi kali ni paling teruk.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 158.3K tanda suka, 881 komen dan 807 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan kesembuhan anaknya dan dalam masa yang sama memberikn tips jika terkena gangguan seperti ini.
Berikut merupakan komen warga maya:
The post “Mata tengok ke atas” Anak Meraung Seperti Nampak ‘Sesuatu’, Terpaksa Jumpa Ustaz Lepas Sejam Menangis appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/6Y7xbjG
via IFTTT
0 Response to "“Mata tengok ke atas” Anak Meraung Seperti Nampak ‘Sesuatu’, Terpaksa Jumpa Ustaz Lepas Sejam Menangis"
Post a Comment