Tatkala tiba musim konvokesyen para pelajar IPT, ibu bapalah yang paling bangga dan terharu melihat pencapaian anak-anak mereka.
Seperti yang kita tahu, majlis konvokesyen diadakan bagi merai kejayaan semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.
Namun tak semua yang diharapkan akan berlaku. Ada juga ibu bapa yang terpaksa menggantikan tempat anak mereka untuk mengambil segulung ijazah.
Sama seperti yang terpaksa dilalui oleh seorang ibu ini dimana dia terpaksa naik ke pentas dan mewakilkan anak perempuannya yang berjaya menamatkan pelajaran.
Suasana gembira ketika majlis konvokesyen itu berlangsung bertukar menjadi sebak.
Ibu kepada pelajar bernama Allahyarhamah Nur Hanani Samsull reda apabila menerima Ijazah Anumerta daripada pihak universiti anaknya iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Untuk pengetahuan semua, Ijazah Anumerta merupakan penghargaan kepada waris graduan yang meninggal dunia dan berjaya menyelesaikan lebih 85 peratus pengajian mereka.
Hanani yang berusia 25 tahun itu merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh dari Abdulhamid Abusulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS) dikatakan meninggal akibat demam denggi.
Menurut adik ipar Hanani, keadaan arwah bertambah teruk apabila saluran darah ke otak gagal berfungsi (brainsteam bleed with tonsilar herniation).
Yang lebih menyayat hati, Hanani dikhabarkan baru sebulan sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangan sebelum kembali ke negeri abadi.
“Selepas seminggu arwah berkahwin dengan abang saya, beliau telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Selepas itu, koma selama 2 minggu lebih tak silap saya.” kata Ija, adik ipar Hanani.
Bercakap soal keperibadian pula, Hanani dipuji kerana dikatakan anak yang sangat baik dan taat ibu bapa. Walaupun pendiam, arwah kuat berusaha dan sentiasa bersemangat dalam perkara yang ingin dilakukannya.
“Tapi sekarang kami sekeluarga redha dengan segala yang berlaku, Allah ambil dia dulu sebab dia orang yang baik.” kata Ija.
Meskipun arwah sudah tiada, keluarganya hadir bagi meraikan kejayaan anak dan isteri mereka lebih-lebih lagi ibu Hanani yang gagah naik ke pentas menerima sendiri ijazah tersebut.
Video yang tular di laman TikTok
@eiy.za_Convocation’s Day, AlMarhumah Nur Hanani Terima Kasih UIAM, Semoga kakak tenang di sana, AlFatihah ♬ Kesetiaan – Sarah
The post Sebak, Ibu Berkerusi Roda Terpaksa Wakilkan Anak Ambil Ijazah Yang Maut Akibat Demam Denggi appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/EmsYf79
via IFTTT
0 Response to "Sebak, Ibu Berkerusi Roda Terpaksa Wakilkan Anak Ambil Ijazah Yang Maut Akibat Demam Denggi"
Post a Comment