“Rindu ke tu?” Isteri Kena Kuarantin, Gelagat Suami Skodeng Dari Tingkap Buat Netizen Terhibur

Kes pandemik dilihat semakin menggila saban hari dengan kenaikkan angka positif C-19. Pun begitu, tidak lama lagi kita akan memasuki fasa endemik dimana perlu hidup dengan norma yang baharu.

Kalau perasan, pada masa kini, kita sangat mudah dijangkiti Covid-19 walaupun sudah mengambil tiga dos vaksin bukan? Terpaksa lah kita kuarantin dan duduk berjauhan dengan family demi keselamatan bersama.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan gelagat seorang lelaki apabila isterinya terpaksa kuarantin dan tinggal berasingan dengannya mencuri perhtian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @shazzmila, difahamkan wanita ini dijangkiti C-19 dan terpaksa berjauhan sementara dengan suaminya.

Pun begitu, apa yang mencuit hati adalah suaminya kelihatan seolah-olah sangat rindu pada isteri dan kerap datang ‘skodeng’ di tingkap bilik untuk melihat keadaan si isteri.

Dapat juga kita lihat si suami sengaja buat-buat melintas dan berkebun di kawasan luar rumah sedangkan sebenarnya dia ingin memantau isterinya.

Video yang tular di laman TikTok:

@shazzmilabila isteri ja yg kena kuarantin…..♬ Ada Gajah Dibalik Batu – Wali

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 270.5K tontonan, 23.5K tanda suka, 1124 komen dan 399 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat suaminya yang mengendap isteri dek kerana lama sangat kuarantin.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengakui memang sunyi jika ketiadaan pasangan kita walaupun sehari. Yelah, dah terbiasa bersama ertahun-tahun tiba-tiba perlu berjauhan, mesti terdetik rasa rindu kan?

“Siapa tak rindu bini oi. Teman gaduh, teman sehidup semati” – Warganet

Tidak cukup dengan itu warganet juga turut berkongsi pengalaman ketika mereka perlu berjauhan dengan pasangan gara-gara pandemik C-19.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kita tengah masak kat dapur dia boleh panjat dinding”

“boleh tengok muka dan terubati rindu dah”

“kalau aku cuti bini aku keje, aku asyik call suruh dia balik cepat”

“suami saya kuarantin tak sampai 3 hari lari masuk bilik..”

“ada je helah suami tu kan..”

“tak jumpa orangnya tengok rumahnya pun dah boleh lepas rindu”

“pastu hitung hari bila last kuarantin”

“mau tak rindu.. teman gaduh, teman sehidup semati”

“macam ni lah husband saya pu  ada je yang nak di tanya.. helah nak tengok kita”

“comel je, sabar ye..”

The post “Rindu ke tu?” Isteri Kena Kuarantin, Gelagat Suami Skodeng Dari Tingkap Buat Netizen Terhibur appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/qfFYhbg
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Rindu ke tu?” Isteri Kena Kuarantin, Gelagat Suami Skodeng Dari Tingkap Buat Netizen Terhibur"

Post a Comment