Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya pesanan makanan atas talian seperti GrabFood, FoodPanda, DeliveryEat, Shopee Food dan banyak lagi.
Pun begitu, ‘Prank order’ sememangnya pada masa kini tidak asing lagi dimana ada individu yang tidak bertanggungjawab berlakon sebagai pelanggan dan order makanan dalam jumlah yang banyak dan tiba pada waktu penghantaran, pelanggan ‘ghaib’ dan tidak dapat dihubungi.
Lebih kurang sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan yang memesan makanan di atas talian dikatakan membawa lari makanan tanpa membayar kepada rider mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @sokcantikkau, kelihatan seorang rider food panda duduk menunggu seorang wanita yang bernama Nadia.
“Kesian abang panda ni cari customer nama Nadia, dia order sampai Rm 100 lebih.. dia dah ambil makanan lepastu lari tak bayar dari jam 3 petang sampai sekarang tak ada respond langsung dan abang ni terpaksa cari kilang demi kilang budak yang tipu dia tu” katanya
Siapa sangka, rupa-rupanya Nadia itu merupakan pekerja yang bekerja sama di kilang pemilik TikTok yang merakam rider tersebut.
“Saya dah nampak dah muka Nadia tu.. tak sangka satu kilang dengan saya.. kes ni dah viral, saya pergi mana-mana semua cakap pasal Nadia tu..Saya harap lepas kes Nadia ni tak ad manusia macam ni wujud lagi”
“Kalau kita permudahkan urusan orang, Insha-Allah urusan kita pun akan dipermudahkan.. pikir jika melakukan sesuatu sebab makanan tu akan jadi darah daging kita dan bayangkan kalau orang yang kau tipu tu haramkan makanan tu macam mana?” tambahnya lagi.
Video yang tular di laman TikTok:
@sokcantikkau #xyzbca #fypシ #foryou ♬ original sound – ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ
@sokcantikkau Reply to @samdannyton77 ♬ เสียงต้นฉบับ – กิยูทันจิโร่ – พี่น้องไฮทานิ
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 820.7K tontonan, 89.5K tanda suka, 3053 komen dan 1416 perkongsian di applikasi TikToK.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan tindakan Nadia yang sangat tidak berhati perut malah menyusahkan abng rider yang terpaksa mencarinya dari kilang ke kilang.
BACA: Myvi Kuning Tiba-Tiba Tukar Laluan, Rider Patah Leher & Retak Kepala
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar Nadia dapat bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukan kepada rider Food panda tersebut.
Antara komen warga maya:
“Mak aku pernah pesan,jangan sesekali kita buat aniaya dekat orang,takut suatu hari nanti berbalik pada diri kita”
“Brader tu pagi bawak van sekolah petang kayuh panda jangan buat rider macam ni tak elok oii dia cari makan untuk anak bini sian hantar jauh kena gitu”
“Sapa kenal abang panda ni? Or tahu ig dia ke apa saya nk ganti balik duit tu”
“Sampai nya hati aniaya org,mkanan tu jdk darah daging taw,harap allah balas”
The post Ambil Makanan Terus Lari & Tak Bayar, Rider Terpaksa Cari Customer Dari Kilang Ke Kilang appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/EhIBG1v
via IFTTT
0 Response to "Ambil Makanan Terus Lari & Tak Bayar, Rider Terpaksa Cari Customer Dari Kilang Ke Kilang"
Post a Comment