Pada zaman kini, semuanya dihujung jari dimana ramai yang lebih gemar untuk shopping online bahkan ia lebih menjimatkan masa dan memudahkan kita.
Hanya tinggal pilih, bayar dan menunggu parcel tersebut untuk sampai. Pun begitu, pasti ada yang tidak terlepas dengan pengalaman buruk yang mana barang yang telah dipesan tidak seperti yang kita inginkan bahkan ada yang rosak dan tidak boleh digunakan. Tentu kita berasa geram bukan?
Sama dengan kisah yang tular kali ini dimana beberapa orang pekerja JnT Malaysia membaling barang pelanggan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ameir_zainal, kelihatan dua orang pekerja wanita selamba membaling barangan masuk ke dalam lori dan dapat juga kita lihat banyak barang yang jatuh ke lantai serta terbalik.
lelaki ini juga bengang dengan sikap mereka dan menyifatkan bahawa untuk mencari duit pada zaman kini bukan lah satu perkara yang mudah malah mereka boleh sewenang-wenangnya merosakkan barangan pelanggan.
“kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Tercemar nama company. Kalau dan baling macam tu rosak barang customer.. Nak cari duit bukan senang”
Video yang tular di laman TikTok:
@ameir_zainal♬ suara asli – FAKTANYAMUSIK
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 68.2K tanda suka, 954 komen dan 8029 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan pekerja tersebut dan berharap mereka diambil tindakan daripada pihak atasan.
“Pegang lah amanah, tanggungjawab agar dikalangan kalian tidak terjebak memakan gaji haram” – Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen juga berharap perkara ini tidak akan berulang lagi dan menasihati mereka agar lebih amanah serta bertanggungjawab dalam bekerja kerana kerja merupakan satu ibadah.
Antara komen warga maya:
“Hancur biskut raya aku tahun ni..”
“saya on9 seller memang dah stop guna service JNT. Banyak barang customer saya pecah.. tak daya customer sedih dan saya kena refund”
“kerja itu satu ibadah buatlah dengan rasa tanggungjawab baru berkat setiap pekerjaan”
“macam mana gaji nak cukup kalau kerja pun tak ikhlas”
“patut lah banyak barang aku post customer complain pecah”
The post Selamba Baling Barangan Pelanggan, Pekerja JnT Undang Kecaman Netizen appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/92ykYzP
via IFTTT
0 Response to "Selamba Baling Barangan Pelanggan, Pekerja JnT Undang Kecaman Netizen"
Post a Comment