“Kesian babah..” Ayah Terlibat Kemalangan, Reaksi Sayu Anak Buat Netizen Sebak

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Ramai yang menjadikan anak sebagai sahabat apabila dia mula membesar. Hal ini secara tidak langsung lebih membuatkan anak lebih selesa dan rapat dengan ibu bapa sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak sebak melihat keadaan ayahnya yang baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wawajaafar, kelihatan seorang budak lelaki bernama Firas menitis air mata melihat keadaan muka ayahnya yang berbalut.

Susulan perkara itu, ayahnya datang kepadanya dan memaklumkan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja dan meminta anaknya agar jangan bersedih.

“dari tadi dok dalam bilik je.. redup je pandangan dia.. menangis tengok babah berbalut muka sebab accident, babah datang cakap babah ok je..firas jangan sedih2 ye” ujar ibunya.

Meninjau sebuah lagi video lain, adiknya yang bernama Uzair difahamkan turut bersedih namun tidak menunjukkan perasaannya malah dia kelihatan menyuap bubur ke mulut ayahnya sedikit demi sedikit.

“mama.. mai Uzair suap babah..babahkan sakit.. kesian babah” ujar anaknya.

“Dia sedih bila sampai rumah tgok muka babah berbalut.. menitik air mata dia.. mama pun nangis bila tgok dia menangis.. Adik xpandai nk tunjuk sedih dia.. tapi mama tau adik pun sedihkan.. laju je nak suap babah makan…” ujar wanita ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@wawajaafarDia sedih bila sampai rumah tgok muka babah berbalut.. menitik air mata dia.. mama pun bila tgok dia menangis..♬ suara asli – Hi, ini meme –

@wawajaafarAdik xpandai nk tunjuk sedih dia.. tapi mama tau adik pun sedihkan.. laju je nak suap babah makan…♬ suara asli – jutekkubandung

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 322.5K tontonan, 36.9k tanda suka, 1195 komen dan 307 perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat sikap kedua-dua orang anak ini yang sedih melihat keadaan ayahnya.

Antara komen warga maya:

The post “Kesian babah..” Ayah Terlibat Kemalangan, Reaksi Sayu Anak Buat Netizen Sebak appeared first on YOY Network.



from YOY Network https://ift.tt/cHNr0nO
via IFTTT
loading...

0 Response to "“Kesian babah..” Ayah Terlibat Kemalangan, Reaksi Sayu Anak Buat Netizen Sebak"

Post a Comment