Suami pemarah boleh mendatangkan tekanan kepada isteri secara tidak langsung akan mendatangkan masalah kepada sesebuah rumah tangga tersebut.
Situasi ini bukan situasi keinginan mana-mana isteri sekalipun. Mereka hanya inginkan kebahagiaan. Namun dunia ini tidak sempurna.
Bercakap soal bersuamikan dengan lelaki yang panas baran, wanita ini buka mulut mengapa dia bercerai dengan suaminya.
Kisah perjalanan rumah tangga wanita ini juga mencuri perhatian ramai terutama sekali para wanita!
Wanita bernama Shuhada ini dikatakan telah sah bercerai dengan suaminya pada awal Januari lalu.
Menurut video yang dimuat naik, pada mulanya hubungan mereka sangat mesra. Malah, suaminya itu kelihatan sangat menyayangi Shuhada dan melayaninya dengan baik.
Pun begitu, hidup tak selamanya manis. Shuhada terpaksa berdepan dengan perangai suaminya yang baran dan kaki pukul.
Oleh kerana tidak tahan, dia membuat laporan polis terhadap suaminya itu.
Video yang dikongsikan Shuhada juga ada memaparkan cermin-cermin di rumahnya habis pecah berkecai sehingga berselerak! Yang lebih teruk, darah tertumpah di atas lantai!
Shuhada turut menunjukkan kesan-kesan lebam yang ada pada lengan dan lututnya akibat buatan si suami.
Walaupun diperlakukan sedemekian, Shuhada tetap berdoa agar suaminya itu bertemu kebahagian dengan orang lain.
Dia juga berharap agar suaminya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama pada pasangannya yang akan datang.
Video yang tular di laman TikTok
@ohh_shuhadot Kenapa saya CERAI? persoalan korang terjawab disini #kuatkanhati #wanitakuat #moveon #fyp ♬ bunyi asal – Luqman Hakim
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen. Ada yang mula takut untuk berkahwin malah ada juga yang mengalami nasib yang sama seperti Shuhada.
Pun begitu, netizen memuji Shuhada kerana cepat bertindak daripada terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Netizen turut mendoakan agar Shuhada dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik selepas ini.
Antara komen-komen netizen di TikTok
“sama la dik..nyawa akak pun dihujung tanduk..pisau kat tengkuk..last pecah kepala jahit 12..”
“Trbaik sis..cpt brtndk..jgn tggu dh patah riuk..koma trbaring..nysal pn x gna..syg mcmna pn..sygi dri sndri tu yg pnting..”
“bagusla sis,,jgn seksa diri…smoga bertemu jodoh yg lebih baik lepas ni..”
The post Tak Tahan Suami Kaki Baran Sampai Isteri Lebam-Lebam, Isteri Doakan Suami Tak Ulang Perangai Sama Dengan Orang Baru appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/GhfKMYU
via IFTTT
0 Response to "Tak Tahan Suami Kaki Baran Sampai Isteri Lebam-Lebam, Isteri Doakan Suami Tak Ulang Perangai Sama Dengan Orang Baru"
Post a Comment