Berpisah dengan keluarga ni adalah satu benda yang menyakitkan. Manakan tidak, terpaksa menahan rindu kepada kedua ibu bapa. Bukan itu sahaja, malah bila sudah jauh, masakan dan bebelan ibu lah yang paling kita terngiang-ngiang di fikiran.
Sering kira dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan” jadi tidak hairan lah jika ramai anak perempuan sangat akrab dengan ayahnya.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah kelihatan sangat berat untuk melepaskn anaknya pergi menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @cz463, kelihatan seorang budak perempuan sudah bersiap sedia untuk melangkahkan kaki ke alam IPTA.
Namun apa yang mengundang sebak ramai adalah reaksi ayahnya yang sangat sedih melihat anak yang membesar depan mata kini harus berpisah demi pelajaran dan masa depan yang lebih cerah.
Dapat kita lihat mereka berpelukan antara satu sama lain dan difahamkan budak perempuan tersebut langsung tidak pernah berpisah dengan ayahnya.
Ibunya turut memaklumkan bahawa anak perempuannya itu sangat rapat dan manja dengan ayahnya.
Video yang tular di laman TikTok:
@cz463 #kasihseorangayah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 328.7K tontonan, 21K tanda suka, 1512 komen dan 371 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing dan ada jang akui sebak melihat sang ayah yang sangat berat untuk melepaskan anak perempuannya.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang terdiri daripada kaum bapa akui sangat faham dengan situasi tersebut susulan berasa sangat risau jika ketiadaan anak perempuan mereka di depan mata.
Berikut merupakan komen warga maya:
“tengok betapa sayangnya dan risaunya seorang bapa bila berjauhan dengan anak perempuannya..”
“kasih sayang saya kepada dia hingga kehujung nyawa saya”
“mesti dia ayah yang baik.. sampai anak sayang gila gitu”
“bila anak kasih pertama dari ayahnya sejak kecil memang tak di nafikan hingga besar”
“saya faham apa perasaan ayah bila anak daranya tidak berada di depan mata..”
“lelaki yang pertama dicintai wanita adalah ayahnya.. dan lelaki itu juga yang takkan pernah buat dia kecewa”
The post Tak Pernah Berpisah, Reaksi Ayah Berat Hati Nak Lepaskan Anak Sambung Belajar Undang Sebak Ramai appeared first on YOY Network.
from YOY Network https://ift.tt/UTzrQcJ
via IFTTT
0 Response to "Tak Pernah Berpisah, Reaksi Ayah Berat Hati Nak Lepaskan Anak Sambung Belajar Undang Sebak Ramai"
Post a Comment